Bahasa

Sijil upah haji tanpa pengesahan dijual serendah RM3.40 sekeping

Kadar perkhidmatan upah haji RM1,500 yang dikenakan ejen di Mekah tidak masuk akal kerana kos melakukannya sendiri mampu mencecah RM2,250 sehingga RM2,500 seorang. – Gambar fail Reuters, 22 Februari, 2016.Kadar perkhidmatan upah haji RM1,500 yang dikenakan ejen di Mekah tidak masuk akal kerana kos melakukannya sendiri mampu mencecah RM2,250 sehingga RM2,500 seorang. – Gambar fail Reuters, 22 Februari, 2016.Sekeping sijil upah haji tanpa pengesahan pihak berkuasa didapati dijual pada harga serendah RM3.40 sekeping bersamaan 3 riyal Arab Saudi di pasar mini di Mekah, lapor Berita Harian.

Sijil itu kemudian diserah ejen perkhidmatan itu kepada pelanggan mereka sebagai “bukti” perkhidmatan dilaksanakan, menurut akhbar itu.

Sijil itu juga dilaporkan dicetak di dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia dan boleh dibeli secara pukal tanpa sebarang tempahan awal.

Wartawan akhbar itu mendakwa berjaya membeli 5 keping sijil pada harga 15 riyal selepas memberitahu penjual beliau menguruskan khidmat upah haji bagi jemaah Malaysia.

Sementara itu, dalam laporan eksklusif sama, Berita Harian turut melaporkan upah haji RM1,500 yang dikenakan ejen sebagai tidak masuk akal.

Ini kerana kos menyediakan khidmat itu sendiri mencecah RM2,250 sehingga RM2,500 seorang. – 22 Februari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments