Bahasa

Putrajaya larang baca, tulis Al-Quran selain bahasa Arab

Pengerusi Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran (LPPPQ) Tan Sri Harussani Zakaria berkata, penulisan al-Quran dalam bahasa lain tanpa teks bahasa Arab tidak boleh dianggap sebagai al-Quran. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Mac 2016.	Pengerusi Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran (LPPPQ) Tan Sri Harussani Zakaria berkata, penulisan al-Quran dalam bahasa lain tanpa teks bahasa Arab tidak boleh dianggap sebagai al-Quran. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Mac 2016. Pengerusi Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran (LPPPQ) Tan Sri Harussani Zakaria berkata, menulis dan membaca Al-Quran dalam bahasa selain Arab adalah dilarang.

Beliau berkata, penulisan Al-Quran dalam bahasa lain tanpa teks bahasa Arab tidak boleh dianggap sebagai Al-Quran, lapor Berita Harian.

Menurut Mufti Perak itu, ini menyebabkan pihak berkuasa agama Islam seluruh negara mengambil tindakan tegas menyekat kempen "Let's Read The Quran".

Kempen berkenaan yang dianjurkan Zubedy (M) Sdn Bhd tahun ini mempromosi usaha menulis dan membaca Al-Quran dalam bahasa lain selain bahasa Arab.

Katanya, perbuatan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986 dan Akta Mesin Cetak 1984.

"Al-Quran diturunkan Allah dalam bahasa Arab dan ia bahasa Al- Quran. Al-Quran kalam Allah.

"Al-Quran diterjemahkan dalam pelbagai bahasa bagi membolehkan mereka yang tidak memahami bahasa Arab namun terjemahan ini bukan naskah Al-Quran, ia adalah terjemahan Al-Quran atau tafsir Al-Quran," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Menurut Harussani, terjemahan naskah Al-Quran tanpa teks bahasa Arab adalah dilarang sama sekali kerana takut ianya akan disalah faham dan membacanya tidak mendapat pahala.

Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kementerian Dalam Negeri melarang sebarang percetakan dan penjualan terjemahan Al-Quran tanpa teks bahasa Arab.

Perkara itu diputuskan mesyuarat LPPPQ dan ianya selaras keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Ke-24 pada Jun 1989 yang memutuskan "adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada Al-Quran dengan tulisan bukan huruf Arab atau bukan sistem tulisan Al-Quran".– 4 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments