Bahasa

Pindaan OSA boleh sekat fakta diputar belit, kata Musa Hassan

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan  berkata cadangan pindaan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) mampu mengekang maklumat negara daripada diputar belit pihak tertentu sehingga menggugat keselamatan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider , 11 Februari, 2016.Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata cadangan pindaan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) mampu mengekang maklumat negara daripada diputar belit pihak tertentu sehingga menggugat keselamatan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider , 11 Februari, 2016.Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan menyokong pindaan terhadap Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) yang digagaskan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, menurut Berita Harian hari ini.

Beliau dilaporkan berkata, cadangan pindaan itu mampu mengekang maklumat negara daripada diputar belit pihak tertentu sehingga menggugat keselamatan negara.

"Menjaga kerahsiaan kerajaan sangat penting. Maklumat ini apabila bocor boleh diputar belitkan mana-mana pihak dan kemudiannya akan merosakkan sesebuah negara," beliau dipetik akhbar itu.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan Apandi mengetatkan hukuman dengan mengenakan penjara seumur hidup dan 10 sebatan ke atas mereka yang didapati bersalah.

"Saya setuju orang-orang ini dikenakan hukuman lebih berat," katanya lagi.

Cadangan Apandi itu dibuat selepas Pejabat Peguam Negara memutuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak bersalah apabila menerima derma peribadi sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya pada 2013.

Ia dibantah pemimpin pembangkang dan aktivis politik yang melihatnya sebagai satu usaha terang-terangan mengekang orang ramai daripada mendedahkan amalan rasuah dalam pentadbiran negara. – 11 Februari, 2016.       

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments