Bahasa

Terima kasih rakyat Malaysia

Kakitangan The Malaysian Insider ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca setia atas sokongan lebih 8 tahun ke atas portal berita ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Mac, 2016.Kakitangan The Malaysian Insider ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca setia atas sokongan lebih 8 tahun ke atas portal berita ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Mac, 2016.Sebelum The Malaysian Insider melabuhkan tirainya tengah malam ini, kami ingin mengucapkan jutaan "Terima Kasih" kepada semua pembaca yang setia melayari portal berita ini.

The Malaysian Insider mula beroperasi pada 25 Februari 2008. 

Hari ini, selepas 8 tahun dan 18 hari, kami mengucapkan selamat malam kepada semua kerana pemilik kami akan menutup portal berita ini selepas mempertahankannya lebih 20 bulan.

Ia suatu perjalanan yang sungguh menyeronokkan.

Dalam tempoh 8 tahun ini, kami memperoleh jumlah pengikut hampir 3 juta pembaca sehari dan muncul sebagai salah sebuah portal berita paling ramai dilayari di negara ini.

Waktu paling mencabar berlaku sepanjang tahun lepas apabila 4 daripada pengarang kami ditahan dan laman sesawang kami disekat kerana didakwa menyiarkan berita palsu.

Ketika The Malaysian Insider mencecah usia genap 8 tahun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat laman sesawang ini atas sebab "keselamatan negara" berhubung satu artikel yang memetik sumber mengenai keterangan terhadap dakwaan skandal kewangan perdana menteri.

Sejak tersebarnya berita penutupan The Malaysian Insider, kami menerima limpahan ucapan terima kasih dan mendoakan kesejahteraan kepada pendukung portal berita ini di laman sesawang dan media sosial.

Kartunis, Fahmi Reza memuat naik karikatur khas di laman Facebooknya selepas pengumuman The Malaysian Insider akan ditutup mulai tengah malam ini. – Gambar dari Facebook Fahmi Reza, 14 Mac 2016.Kartunis, Fahmi Reza memuat naik karikatur khas di laman Facebooknya selepas pengumuman The Malaysian Insider akan ditutup mulai tengah malam ini. – Gambar dari Facebook Fahmi Reza, 14 Mac 2016.Ramai pembaca yang menyumbang artikel ke laman sesawang kami, turut melahirkan penghargaan kerana menyediakan platform untuk berkongsi pendapat dan penulisan mereka.

Tiada kata yang dapat dirakamkan, hanya ucapan terima kasih kepada pembaca yang sentiasa memuji kami, memberikan ulasan terhadap kami dan setia bersama kami. Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda. 

Kami berharap laporan kami memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk berfikir tentang diri mereka dan berusaha untuk hari esok yang lebih baik walaupun portal berita ini akan ditutup secara rasmi tengah malam ini.

Perjuangan kebebasan media tidak akan berakhir dengan penutupan The Malaysian Insider. – 14 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments