Bahasa

Mahkamah pengguna sedia ada mencukupi, kata menteri

 Walaupun penubuhan lebih banyak mahkamah pengguna relevan dengan pelaksanaan GST, namun sistem sedia ada mencukupi dan kerajaan ia akan dipertimbangkannya jika keadaan mendesak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016. Walaupun penubuhan lebih banyak mahkamah pengguna relevan dengan pelaksanaan GST, namun sistem sedia ada mencukupi dan kerajaan ia akan dipertimbangkannya jika keadaan mendesak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016.Kerajaan belum bercadang menubuhkan mahkamah pengguna bagi mengendali kes kepenggunaan termasuk kesalahan berkaitan cukai barang dan perkhidmatan (GST), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata walaupun keperluan tersebut relevan dengan pelaksanaan GST, namun setakat ini sistem sedia ada sudah mencukupi.

"Namun kita tetap ambil perhatian dengan kehendak pelbagai pihak yang mahu mahkamah ini diwujudkan. Jika keadaan mendesak kita akan fikirkan semula," katanya menjawab soalan lisan Normala Abdul Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) pada persidangan Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata sehingga 8 Mac ini, sebanyak 2,848 notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dikeluarkan kepada peniaga yang disyaki mencatut.

Hasil tindakan itu katanya sebanyak 209 kertas siasatan dibuka iaitu 147 kertas siasatan di bawah Seksyen 14 (1) kerana mencatut, 55 kertas siasatan di bawah Seksyen 21 (5) kerana enggan atau gagal memberi maklum balas kepada notis yang dikeluarkan dan 7 kertas siasatan di bawah Seksyen 53A kerana tidak menyimpan rekod perniagaan.

"Daripada jumlah ini, sebanyak 19 kes didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Anti Pencatutan di mana sejumlah 16 kes selesai didakwa serta dijatuhkan hukuman dengan denda keseluruhan RM495,500.

"Jumlah kompaun pula ialah sebanyak 14 kes iaitu masing-masing 10 kes di bawah Seksyen 14(1) dan empat kes di bawah Seksyen 12(5)," kata Hamzah.

Beliau berkata sehingga kini, 13 kes selesai dikompaun dengan jumlah keseluruhan RM178,000 manakala baki satu kes belum dijelaskan. – Bernama, 10 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments