Bahasa

Dekati wartawan bukan ganggu mereka, kata Kit Siang

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menarik perhatian masyarakat antarabangsa dengan penahanan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menarik perhatian masyarakat antarabangsa dengan penahanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu lebih mendekati wartawan bebas kerana ia dapat meningkatkan ketelusan kerajaan daripada melihat mereka sebagai musuh yang perlu dipenjarakan, kata Lim Kit Siang hari ini.

Ketua Parlimen DAP itu berkata, Najib sekali lagi menarik perhatian masyarakat antarabangsa dengan penahanan "tidak wajar" terhadap 2 krew media ABC Four Corners yang cuba mendekatinya untuk bertanyakan soalan semalam.

"Penyelesaian yang paling masuk akal ialah dengan mengurangkan kerugian daripada pengendalian tidak betul dan kekok dalam isu ini.

"Benarkan wartawan Australia itu untuk pulang ke Australia daripada memaksa mereka untuk berada di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Putrajaya sepatutnya mengubah polisi perhubungan awam perdana menteri yang mengutamakan keterbukaan, akuantabiliti dan ketelusan.

"Paling penting, Najib tidak harus mengabaikan wartawan bebas dan profesional sebagai musuh, namun bekerjasama dengan mereka dalam misi untuk dunia keterbukaan dan ketelusan serta akauntabiliti," kata ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Terdahulu, The Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan krew agensi media Australia ABC Four Corners ditahan di Malaysia semasa melaporkan “isu politik tempatan”.

Laporan portal berita ABC News dan coretan Twitter Sally Neighbours, penerbit rancangan Four Corners mengesahkan wartawan Linton Besser dan jurukamera Louis Eroglu merupakan mereka yang ditahan.

Pasport kedua-dua wartawan itu dirampas untuk siasatan dan diminta melaporkan diri ke balai polis pada 16 Mac ini.

Sementara itu, Lawyers for Liberty (LFL) menggesa pihak berkuasa Malaysia memulangkan pasport kepada krew media itu dan menghentikan serangan ke atas pengamal media.

LFL menyifatkan penangkapan itu sebagai mengejutkan dan tidak boleh diterima kerana mereka hanya menjalankan tugas mereka sebagai pemberita dalam bertanya soalan.

"Daripada mengelak soalan mereka, perdana menteri sepatutnya menjawab soalan sebagai pemimpin yang dipilih melalui pilihan raya secara bertanggungjawab dan demokratik," kata Pengarah Eksekutif LFL Eric Paulsen dalam kenyataan hari ini.

"Sebaliknya, pihak berkuasa menunjukkan kekuasaan mereka secara paksaan seperti China, Turki dan Mesir yang menahan wartawan.

"Tindakan menunjukkan kekuasaan itu secara kesalnya menghantar mesej menakutkan wartawan untuk menapis isu seperti rasuah dan perdana menteri atau apa sahaja yang berkaitan," katanya.

Beliau mengingatkan pihak berkuasa, wartawan bukanlah penjenayah dan kebebasan media adalah sebahagian daripada demokrasi untuk membentuk pengimbang tara dalam kerajaan.

"Ini adalah serangan paling serius terhadap demokrasi dan kebebasan media, kerana kini, wartawan luar negara yang terdahulu mempunyai sedikit perlindungan juga tidak terkecuali daripada sasaran pihak berkuasa." kata Paulsen. – 13 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments