Bahasa

Selamatkan negara lebih penting berbanding perasaan sendiri, kata Guan Eng

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengakui tidak mungkin ahli keluarganya boleh melupakan perbuatan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri tetapi agenda menyelamatkan Malaysia kini lebih besar daripada perasaan mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016.Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengakui tidak mungkin ahli keluarganya boleh melupakan perbuatan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri tetapi agenda menyelamatkan Malaysia kini lebih besar daripada perasaan mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016.Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini tidak menolak wujud isu kepercayaan dalam kerjasama dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menggesa peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak, tetapi ia perlu diketepikan demi menyelamatkan Malaysia.

"Bukan saya kata tidak ada masalah (kepercayaan), tetapi yang penting ialah jika kita ada alternatif untuk menyelamatkan Malaysia, maka kita pilih ke arah itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Malah, Lim berkata beliau mengakui tidak mungkin ahli keluarganya boleh melupakan perbuatan Dr Mahathir ketika menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, katanya, agenda menyelamatkan Malaysia kini lebih besar daripada perasaan mereka.

"Persoalannya adakah perasaan kita lebih penting daripada kita, atau negara lebih penting. Kalau perasaan kita lebih penting maka kita tidak ada apa untuk diperkatakan," katanya. – 14 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments