Bahasa

47 rakyat Malaysia terlibat dengan Isis berada di Syria dan Iraq

Seramai 47 rakyat Malaysia dikesan berada di Syria dan Iraq terlibat dengan Isis setakat ini, kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun. – Gambar fail Reuters, 5 Mac, 2016.Seramai 47 rakyat Malaysia dikesan berada di Syria dan Iraq terlibat dengan Isis setakat ini, kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun. – Gambar fail Reuters, 5 Mac, 2016.Seramai 47 rakyat Malaysia dikesan berada di Syria dan Iraq terlibat dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) setakat ini, kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata daripada jumlah berkenaan, 30 daripadanya adalah lelaki, 9 wanita dan 8 kanak-kanak.

"Kesemua mereka merupakan antara 72 individu yang terlibat dengan Isis sebelum ini," katanya kepada Bernama.

Menurut Fuzi daripada 72 individu itu, seramai 18 orang dilaporkan terkorban ketika menyertai Isis di Syria manakala 7 lagi maut kerana terlibat sebagai pengebom bunuh diri pada tahun lepas.

Katanya beberapa individu terlibat dengan kegiatan tersebut telah ditahan dan dituduh di mahkamah.

Sehubungan itu, beliau berkata PDRM mengambil pelbagai langkah mengekang penyebaran fahaman itu di negara ini dengan mengadakan kolaborasi bersama Jabatan Imigresen, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Interpol bagi mengawal pintu masuk negara.

"Sekiranya mereka (pengganas Isis) balik ke negara asal melalui KLIA, mereka akan ditahan serta-merta dan jika mereka balik melalui jalan lain, PDRM mempunyai mekanisme tersendiri untuk mengesan mereka," katanya.

Beliau berkata PDRM yang mempunyai profil dan butiran keluarga suspek sentiasa memantau mereka secara dekat.

Sementara itu, pensyarah Pengajian Islam dan Sains Politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Ahmad El Muhammady berkata masih ramai lagi rakyat negara ini terutama golongan yang tinggal di luar bandar kurang diberi pendedahan mengenai ancaman Isis.

"Kerajaan harus memainkan peranan mendekati mereka ini dengan turun padang dan menjayakan program taklimat atau memberi motivasi bagi mendedahkan mereka terhadap ancaman Isis," katanya. – Bernama, 5 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments