Rencana

Gurau Najib kahwin lagi 1, jangan main-main Adenan – Shahbudin Husin

Ini benar-benar tidak patut, tidak wajar dan tidak seharusnya berlaku. Malah sama sekali "tidak beretika" bila Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem membuat gurauan meminta Datuk Seri Najib Razak mencari seorang isteri baru daripada 1 etnik negeri itu.

Walaupun hanya bergurau, ia jelas umpama penghinaan kepada Datin Seri Rosmah Mansor yang selama ini merupakan pendamping setia Najib.

Apa kurangnya dengan Rosmah?

Apakah Rosmah tidak menjaga Najib dengan baik selama ini?

Bukankah Rosmah sudah menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia - dulu, kini dan selamanya?

Apakah Adenan tidak mengetahui Kelab Sahabat Najib sudah memberi penghargaan kepada Rosmah baru-baru ini kerana menjaga perdana menteri dengan baik serta menjadikannya seorang pemimpin yang hebat?

Tidakkah penghargaan itu menunjukkan jika tanpa Rosmah, tidak mungkin Najib menjadi hebat sebagaimana yang rakyat Malaysia sama-sama lihat sekarang?

Ada faham ke Adenan?

Wahai Adenan, cakap terus-terang, mahu jadi ketua menteri lagi atau tidak?

Ini last warning...pergi cepat-cepat minta maaf dengan Rosmah dan jangan gurau-gurau macam itu lagi!

Kami rakyat Malaysia yang sayang Rosmah benar-benar marah dengan gurauan tersebut. Kami sayang Rosmah, kami love Rosmah tau! – shahbudindotcom.blogspot.com, 13 March, 2016.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments