Bahasa

Pihak hentam Dr Mahathir pengecut, kata Mat Sabu

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata tiada kepentingan menentang Dr Mahathir kerana beliau bukanlah individu yang mengetuai tampuk pentadbiran negara pada ketika ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016.	Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata tiada kepentingan menentang Dr Mahathir kerana beliau bukanlah individu yang mengetuai tampuk pentadbiran negara pada ketika ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016. Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menyifatkan mana-mana pihak yang menentang Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengecut, lapor akhbar Sinar Harian.

Menurut Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu, walaupun bekas perdana menteri itu dikaitkan dengan beberapa isu salah laku ketika mengetuai pentadbiran negara, namun bukan tanggungjawab pihaknya untuk mendakwa Dr Mahathir.

“Kalau Mahathir jahat, Mahathir zalim, Mahathir pencuri, pemerintahlah yang kena dakwa Mahathir. Kita ada kuasa apa? Kita sendiri pun tiap-tiap tahun kena dakwa,” katanya.

Beliau berkata, tiada kepentingan menentang Dr Mahathir kerana beliau bukanlah individu yang mengetuai tampuk pentadbiran negara pada ketika ini.

“Kalau kita terus hentam Mahathir, kita bukan hebat, kita bukan jantan. 

"Konsep kita jelas, kita lawan mereka yang berkuasa, yang memiliki kuasa. Bukan lawan orang pencen,” katanya.

Pada masa sama, katanya, kerjasama yang dijalinkan dengan Dr Mahathir serta beberapa tokon Barisan Nasional (BN) dalam Deklarasi Rakyat bertujuan untuk menukar kepimpinan negara.

“Kita bersama mereka semuanya semata-mata untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN,” katanya. – 14 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments