Bahasa

54,406 rakyat Malaysia lepas kerakyatan sejak 2010, kata Zahid

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, 2011 merupakan tahun paling ramai rakyat melepaskan kewarganegaraan iaitu 11,080 dan diikuti 2010 yang berjumlah 10,644. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, 2011 merupakan tahun paling ramai rakyat melepaskan kewarganegaraan iaitu 11,080 dan diikuti 2010 yang berjumlah 10,644. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016. Dalam tempoh 5 tahun lalu, 54,406 rakyat Malaysia melepaskan kerakyatan mereka, dengan 1,102 menyerahkan pasport pada Januari tahun ini sahaja, dedah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dari 2010 hingga Januari tahun ini, 2011 merupakan tahun paling ramai melepaskan kewarganegaraan mereka (11,080) diikuti dengan 2010 (10,644), kata Zahid dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Jumlah itu menurun pada 2012 (8,983) dan 2013 (6,678) tetapi ia meningkat lagi pada 2014 (7,843) dan 2015 (8,076).

"Dalam hal ini, sebab bagi pelepasan mereka ialah kerana mereka memilih untuk tidak terus menjadi warganegara Malaysia dan mendapat status kerakyatan di negara lain," kata Zahid yang juga timbalan perdana menteri.

Malaysia mempunyai penduduk lebih daripada 30 juta orang.

Bulan lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sharil Ridza Ridzuan berkata 2,206 orang mengeluarkan simpanan bernilai sebanyak RM134.6 juta tahun lepas kerana melepaskan kerakyatan mereka.

Ini merupakan peningkatan 23% daripada 1,787 pengeluaran pada 2014, yang melibatkan RM99 juta pada dasarnya, kata Sharil.

The Malaysian Insider baru-baru ini melaporkan skandal, berita negatif dan ringgit yang lemah mendorong rakyat Malaysia di luar negara untuk mengeluarkan wang KWSP mereka.

Mereka takut kerajaan akan beralih ke institusi seperti KWSP dan Tabung Haji untuk menyelamatkan projek atau syarikat yang gagal.

Tetapi, ahli Parlimen pembangkang Ong Kian Ming tidak bersetuju, berkata kebimbangan itu tidak wajar kerana KWSP merupakan institusi terbaik kerajaan yang menguruskan dana awam. – 14 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments