Bahasa

Lebih RM600,000 terbit buku jelas isu 1MDB, ‘Baju Merah’, kata menteri

Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerbitkan buku bagi menerangkan isu 1MDB dan perhimpunan ‘Baju Merah’ yang dianggap memberi kesan kepada keselamatan dan kesejahteraan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016.Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerbitkan buku bagi menerangkan isu 1MDB dan perhimpunan ‘Baju Merah’ yang dianggap memberi kesan kepada keselamatan dan kesejahteraan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016.Putrajaya membelanjakan sebanyak RM618,250 bagi mencetak buku kecil yang menjelaskan kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan perhimpunan “Baju Merah” kepada orang ramai, kata menteri komunikasi dan multimedia.

Buku kecil berkenaan diterbitkan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat.

"Kedua-dua buku diterbitkan untuk menjelaskan isu-isu berkenaan. Ini kerana kedua-dua isu dipolitikkan ke tahap di mana ia memberi kesan ketara terutamanya pada keselamatan dan kesejahteraan negara," katanya.

Beliau berkata 125,000 salinan buku kecil "1MDB: Siapa kata tidak dijawab" dicetak dalam 3 bahasa, dengan 100,000 salinan dalam bahasa Melayu, 10,000 dalam bahasa Inggeris, dan 15,000 dalam bahasa Tamil.

"Setiap buku menelan kos RM4.85, melibatkan kos sebanyak RM606,250.

"Sementara itu, 2,000 naskhah buku 'Kebangkitan Baju Merah' diterbitkan. Setiap salinan berkos RM6, dengan jumlah RM12,000," katanya.

Salleh menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Rasah Teo Kok Seong daripada DAP.

Teo dalam soalan itu meminta menteri berkenaan menyatakan bilangan dan kos pencetakan buku dan penjelasan 1MDB dan himpunan Baju Merah. – 14 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments