Bahasa

Kumpulan Kristian Sabah kecam kenyataan Hadi mengenai mubaligh

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikecam kerana mengeluarkan kenyataan terhadap mubaligh Kristian dengan mengatakan menyasarkan penduduk pedalaman di Sabah untuk menyebarkan ajaran agama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Januari, 2016.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikecam kerana mengeluarkan kenyataan terhadap mubaligh Kristian dengan mengatakan menyasarkan penduduk pedalaman di Sabah untuk menyebarkan ajaran agama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Januari, 2016.Kumpulan Kristian Sabah, Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN) mengecam Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengeluarkan kenyataan terhadap mubaligh Kristian, dengan berkata kumpulan dakwah Islam yang mengumpan sasaran mereka dengan wang dan bantuan lain.

Pengerusi PAN Pastor Esther Golingi berkata pendakwah Islam dari Semenanjung diketahui sering masuk ke kawasan pedalaman Sabah seperti di Pensiangan, Pitas dan Ranau, menawarkan wang tunai dan insentif lain kepada penduduk tempatan untuk memeluk Islam.

“Hanya selepas pembentukan Malaysia, orang Sabah mengalami keadaan diberi tawaran berbentuk dorongan dan rasuah untuk masuk Islam.

“Islamisasi dari Malaysia Barat yang menjalar ke Sabah sangat jelas,” katanya.

Katanya, ada kes di mana individu menukar agama berdasarkan kepada janji yang ditawarkan tapi gagal melihat ia ditunaikan.

“Penukaran agama individu masuk atau keluar mana-mana agama perlu dibuat secara sukarela tanpa dorongan, rasuah atau tipu daya.

“Taktik pertukaran agama ini sudah dibangkitkan banyak kali tetapi aduan kami tidak didengar.

“Malahan, kumpulan dakwah berkenaan mengukuhkan lagi operasi mereka di sini. Apa yang kerajaan tempatan kita buat mengenai perkara ini?,” katanya.

Easther mempersoalkan identiti yang mendanai kumpulan dakwah berkenaan dan jika ada sumbernya daripada wang pembayar cukai dalam bentuk peruntukan tahunan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau mendakwa guru dari Malaysia Barat yang dihantar mengajar di sekolah kerajaan di Sabah didapati berulang kali memujuk murid dengan ajaran Islam dalam bilik darjah dan asrama.

“Buku sejarah anak kami hanya ada sedikit mengenai sejarah Sabah.

“Buku teks dan soalan peperiksaan didapati menggambarkan keagungan Islam dan parti politik tertentu.

“Amalan Islamisasi yang berasal dari Malaysia Barat sangat jelas dan ketara,” katanya, menambah ibu bapa tidak membiarkan indoktrinasi agama anak mereka,” katanya.

Beliau juga memberi amaran kepada Hadi supaya melihat dulu kenyataannya sebelum mengata mengenai Kristian.

Hadi mendakwa mubaligh Kristian datang meneruskan kerja mereka ke Malaysia hanya selepas gagal di Barat.

“Kristian sudah tidak laku di negara di mana tahap pendidikan tinggi seperti Jerman, Perancis, Britain dan negara Eropah lain,” kata Hadi dalam artikel disiarkan di Harakah, lidah rasmi PAS.

“Mereka juga membawa ajaran itu ke kawasan pedalaman negara kita seperti Sabah dan Sarawak.

“Mereka sebarkan agama bukan menggunakan pengetahuan dan hujah berasas, tetapi dengan mengumpan sasaran dengan wang dan bentuk bantuan lain. Orang yang dihimpit kesukaran hidup akan mudah menerima bantuan mereka, dan akhirnya terpengaruh,” katanya.

Pemimpin MCA termasuk presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai dan naib presiden Datin Paduka Chew Mei Fun dilaporkan mengutuk kenyataan Hadi kerana dilihat memprovokasi Kristian, mewujudkan rasa tidak percaya dan konflik dalam negara.

“Kenyataan Hadi menunjukkan pemikirannya sempit dan konservatif serta jahil terhadap keperluan bersatu dalam perbezaan rakyat Malaysia,” kata Liow dipetik sebagai berkata semalam.

Chew dipetik portal Malaysiakini sebagai berkata kerajaan PAS Kelantan menawarkan RM10,000 kepada setiap pendakwah Islam yang berkahwin dengan Orang Asli dan menukarkan agama mereka kepada Islam.

Negeri itu juga memperuntukkan pendakwah Islam dengan tempat tinggal percuma, kenderaan pacuan 4 roda dan elaun tetap RM1,000, katanya dipetik berkata. – 20 Januari, 2016.  

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments