Bahasa

Siapa kata Islam larang pecat pemimpin, soal Husam

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa bercakap pada forum ‘Pembangkang + Pasukan Mahathir – Berbaloikah untuk Rakyat?’ di Kuala Lumpur malam tadi. Beliau menegaskan tiada ayat al-Quran melarang menjatuhkan pemimpin terlibat kesalahan jenayah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 14 Mac, 2016.Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa bercakap pada forum ‘Pembangkang + Pasukan Mahathir – Berbaloikah untuk Rakyat?’ di Kuala Lumpur malam tadi. Beliau menegaskan tiada ayat al-Quran melarang menjatuhkan pemimpin terlibat kesalahan jenayah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 14 Mac, 2016.Islam membenarkan penganutnya mendesak peletakan jawatan pemimpin, terutamanya jika mereka terlibat dengan kesalahan jenayah, kata bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang mengatakan memecat pemimpin merupakan satu tindakan tidak Islamik. 

“Jika seseorang pemimpin itu tidak bersalah, sudah tentu kita tidak boleh menyuruhnya berhenti.

“Akan tetapi jika seseorang pemimpin itu terlibat dengan jenayah besar yang akan meruntuhkan nama baik negara termasuk institusi di bawah kepimpinannya dan kewangan, dan kamu kata beliau tak perlu letak jawatan?

“Tunjukkan saya ayat Quran mana yang berkata demikian supaya saya boleh baca sekarang,” kata Husam pada satu forum bertajuk
“Pembangkang + Pasukan Mahathir – Berbaloikah untuk Rakyat?” di Kuala Lumpur malam tadi.

Husam merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikatakannya didakwa terlibat dengan pelbagai skandal mempunyai implikasi jenayah.

Disebabkan itu, rakyat mempunyai hak menuntut peletakan jawatan Najib, kata Husam.

“Dalam Islam, walaupun seseorang imam yang dilantik mengetuai 1,000 jemaah dalam solat, tiba-tiba ada yang tidak berpuas hati dengan apa sebab sekalipun, mereka mempunyai hak menuntut penyingkirannya.

“Dan ini perdana menteri…rakyat yang melantiknya, ini merupakan jawatan awam dan bukan peribadi.”

Hadi sebelum ini turut mempersoalkan Deklarasi Rakyat yang ditandatangani bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama pemimpin pembangkang lain, menuntut peletakan jawatan Najib. 

Husam turut mempersoalkan mereka yang mempertahankan Najib, mengapa tidak bersuara apabila perdana menteri sebelum ini didesak meletakkan jawatan.

“Apabila Pak Lah didesak Dr Mahathir untuk berundur… semua orang kata ia dibenarkan, apabila datang kepada Najib, tidak dibenarkan,” katanya merujuk kepada pendahulu Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Ini amalan yang diterima dalam politik negara kita, apa yang istimewanya Najib sehingga kita tak boleh menyuruhnya letak jawatan?” – 14 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments