Bahasa

Amanah dapat permit KDN untuk terbit akhbar

Setiausaha Organisasi Amanah Suhaizan Kaiat menunjukkan permit menerbitkan akhbar mingguan daripada Kementerian Dalam Negeri. – Gambar The Malaysian Insider, 3 Mac, 2016.Setiausaha Organisasi Amanah Suhaizan Kaiat menunjukkan permit menerbitkan akhbar mingguan daripada Kementerian Dalam Negeri. – Gambar The Malaysian Insider, 3 Mac, 2016.Parti Amanah Negara (Amanah) menerima permit untuk menerbitkan akhbar mingguan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.

Setiausaha Organisasi Amanah Suhaizan Kaiat berkata, pihaknya menerima surat kelulusan itu hari ini.

"Kita akan membuat bayaran minggu depan dan mendapatkan permit. Selepas itu baru kita akan terbitkan akhbar mingguan itu," katanya.

Menurut surat KDN, akhbar tabloid ehwal semasa dan politik berbahasa Melayu dan Inggeris itu dihadkan untuk ahli Amanah dan boleh dijual di pejabat urusan dan markas parti saja sebagaimana akhbar parti lain. – 3 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments