Opinion

Syok sendiri 4

Umno bertanding di 121 kerusi di pilihan raya umum (PRU) ke-13 dan memenangi 72% atau 87 kerusi. 73 kerusi atau 68% daripada 107 kerusi dimenangi di Semenanjung manakala 14 daripada 14 kerusi dimenangi di Sabah.

Jika kejayaan ini diteruskan, Umno hanya memerlukan 25 kerusi sahaja lagi untuk membentuk kerajaan Malaysia di PRU14. 25 kerusi selamat ini ada di tangan PBRS (1) di Sabah dan PBB (14), SPDP (4), PRS (6) di Sarawak – 4 parti Barisan Nasional (BN) yang mencapai kemenangan 100% di PRU13.

Ada 8 kerusi lagi yang boleh dijadikan “buffer” berada di tangan PBS (4) dan UPKO (4) untuk menjadikan BN mempunyai 120 kerusi yang agak selamat daripada 157 kerusi yang ditandingi parti-parti kuat BN ini memasuki PRU14.

Pada hari ini, BN masih dalam keadaan agak selesa untuk mengekalkan kemenangan sekiranya Umno dapat mengekalkan prestasinya.

Siapa yang memikul tanggungjawab terbesar menumbangkan BN?

Terdapat 65 kerusi goyah BN ditandingi SUPP (7), MCA (38), MIC (11), Gerakan (8) dan PPP (1). Pembangkang memenangi 78% atau 51 kerusi daripada 65 kerusi ini.

DAP membolot hak bertanding sebanyak 42 daripada 65 kerusi ini di PRU13, dan dijangka akan terus mengekalkan haknya ke atas kerusi ini di PRU14.

Ini bermakna 84% atau 42 kerusi daripada 50 kerusi yang ditandingi DAP di PRU13 adalah bertembung dengan parti-parti goyah di BN. Kerusi-kerusi juga diidamkan calon-calon PKR kerana kerusi ini mempunyai peratus kemenangan yang tinggi bagi calon bukan Islam daripada pembangkang.

Tugas DAP dillihat jauh lebih mudah jika dibandingkan dengan PKR, yang terpaksa bertembung 79 atau 81% kerusi daripada 98 kerusi yang ditandinginya dengan parti-parti kuat di BN, dan PAS yang bertarung dengan parti kuat BN pada kadar 96% atau 70 daripada 73 kerusi yang ditandinginya di PRU13 yang lalu.

Ini bermakna sebenarnya tanggungjawab menewaskan BN dipikul sepenuhnya PAS dan PKR. Namun, nasib baik, PKR masih mengekalkan hubungan dengan PAS kerana ada di kalangan PKR yang dapat memahami untuk menumpaskan BN, pembangkang perlu menumbangkan Umno, dan PAS dan PKR melawan Umno di 120 kerusi daripada 121 kerusi Umno bertanding.

Dan untuk memenangi kerusi Umno, PKR dan PAS memerlukan ahli dan penyokong Umno untuk menyokongnya. Hanya mereka yang ego dan menanam kebencian mendalam tidak dapat menilai perkara ini secara rasional.

Sekarang DAP mula mendendangkan “satu undi untuk PAS adalah satu undi untuk Umno.” Tindakan DAP ini bakal menyemarakkan lagi tiupan angin “Asal Bukan DAP” menjelang PRU14 di kalangan penyokong PAS dan Umno di seluruh Semenanjung Malaysia, meskipun 2 parti ini bertembung antara satu sama lain di 64 kerusi seluruh negara. Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka akan menerima tempias angin ini.

Berdasar analisis syok sendiri penulis, situasi ini akan menyebabkan DAP tidak akan melepaskan haknya untuk bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi parti-parti goyah di BN kerana realiti memberitahu  cita-cita pembangkang menakluki Putrajaya di PRU14 sudah semakin malap. – 16 November, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. 

Syok sendiri

Syok sendiri 2

Syok sendiri 3

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments