Rencana

Tindakan tegas terhadap pihak lapor maklumat palsu – SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kesal dengan tajuk utama dan artikel yang disiarkan dalam beberapa portal berita dalam talian yang jelas menyimpang daripada konteks sebenarnya.

Sebab utama pengarang-pengarang portal berita dalam talian dipanggil ke SKMM pagi tadi adalah untuk mengingatkan mereka sebarang pemberitaan yang palsu atau tidak tepat, ataupun penyebaran maklumat palsu, boleh menggugat keamanan dan keharmonian sesebuah negara, terutamanya ekonomi dan keselamatan nasional.

Justeru, SKMM bertegas akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melaporkan sesuatu laporan yang palsu atau tidak tepat, ataupun menyebarkan maklumat yang belum ditentukan kesahihannya.

Ini termasuk juga sebarang kandungan yang disiarkan di media sosial dan juga tindakan memaparkan semula laporan-laporan atau maklumat daripada sumber lain yang belum ditentukan kesahihannya kerana tindakan sedemikian berkemungkinan melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pengarang-pengarang portal berita dalam talian dimaklumkan The Sarawak Report disekat oleh SKMM di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, selepas menerima aduan dan maklumat daripada orang awam.

Sehubungan itu, kenyataan oleh Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin yang disiarkan dalam beberapa portal berita dalam talian, perlu dilihat daripada konteks ia adalah siasatan berterusan yang dijalankan oleh polis dan pasukan petugas khas dan bukannya pengesahan tidak ada bukti laporan The Sarawak Report adalah palsu.

Dalam hal ini, tajuk-tajuk utama dan artikel oleh beberapa portal berita dalam talian berhubung isu ini, adalah kurang tepat.

Mana-mana pihak yang didapati memaparkan semula bahan daripada The Sarawak Report, yang disekat, adalah juga tertakluk kepada tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pengarang-pengarang portal berita dalam talian yang hadir di SKMM hari ini termasuk pengarang dan wakil-wakil daripada The Malaysian Insider, Malaysiakini, Digital News Asia, Astroawani.com, NST Online, Sinar Online, The Rakyat Post, Utusan Online, The Malaysian Reserve Online dan The Star Online. – 24 Julai, 2015.

* Ini adalah kenyataan media SKMM

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. 

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments