Rencana

Takziah untuk mangsa tragedi Myvi – Hafiz Musa

Negara dikejutkan dengan tragedi kematian yang sangat menyayat hati kelmarin. Hampir semua rakyat terhenti seketika menoleh ke arah tragedi ini.

Laporan awal menyatakan kejadian ini berpunca daripada beberapa kereta dari sebuah kelab MyVi sedang berlumba dan melanggar sebuah pacuan 4 roda yang dinaiki mangsa bersama isteri dan seorang anak kecil mereka.

Kita amat bersedih dan bersimpati terhadap mangsa. Kita juga menjadi sangat marah kalau benar kejadian itu berlaku kerana mereka berlumba.

Saya melihat kejadian ini berlaku kerana sikap pemandu yang sangat tidak bertanggungjawab. Menjadikan jalan raya sebagai medan untuk berlumba adalah sangat tidak sesuai.

Selain itu, Malaysia yang sangat terkenal dengan kemalangan maut. Antara faktor yang terbesar selain sikap tidak bertanggungjawab pemandu ialah jalan raya yang tidak menepati piawaian.

Jalan yang berlubang dan merbahaya ini juga penyumbang terbesar kemalangan di negara ini.

Misalnya jalan yang menghubungkan Kelantan dan Kuala Lumpur. Kecil dan sibuk.

Oleh sebab faktor politik, kerajaan membiarkan pengguna yang menggunakan jalan itu dalam keadaan merbahaya.

Kepada keluarga mangsa, Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas Malaysia mengucapkan takziah.

Kami mendoakan mangsa ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

InshaAllah dalam masa terdekat ini Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Malaysia akan turun dan memberikan sumbangan kepada keluarga mangsa. – 4 Mei, 2015.

* Penulis adalah pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas Malaysia.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments