Rencana

Menjadi kafir Malaysia – Mardhiyyah Nor Azizan

Kepada sahabat-sabahat kafirin, Mardhiyyah mahu kongsikan beberapa perkara dengan kafirin Malaysia supaya kalian kelihatan lebih bijak daripada bukan kafirin Malaysia, atau memang lebih bijak berbanding mereka.

Pertama, kalian kena faham beberapa benda menggunakan logik akal.
(1(1)  Masyarakat yang mempunyai terlalu banyak hal-hal sensitif ialah masyarakat yang berfikiran sempit. Masyarakat yang kekurangan sensitiviti pula ialah masyarakat tidak bertanggungjawab. Kita perlukan kebebasan yang bertanggungjawab (responsible freedom).

Kau boleh cakap Mardhiyyah pandai tetapi kau mestilah bertanggungjawab dan adil atas apa yang kau cakap.

(2(2)  Jangan bandingkan yang terbaik dalam kalangan kafirin, dengan yang terburuk dalam kalangan bukan kafirin. Kalian akan membuatkan kafirin kelihatan tidak adil dan jahil terhadap kejujuran. Kafir Karen Amstrong yang ajar hal ini dalam The Charter for Compassion.

(3(3)  Bukan kafirin selalunya mempunyai ketakutan terhadap nombor kecil (The Fear of Small Number). Kafirin pun mempunyai ketakutan yang sama. Hal ini bukan tentang agama tetapi tentang manusia. Majoriti selalunya mempunyai ketakutan yang kurang cerdik terhadap minoriti.

Contoh antarabangsa ialah konflik Muslim-Hindus (bukan Islam-Hindu) di India. Penganut Hindu di sana sangat takut akan komuniti Muslim yang hanya 13.4 % (2001) sedangkan lebih 80% ialah penganut Hindu. Hal ini menjadi hujah untuk mereka merobohkan masjid-masjid dan sekolah-sekolah milik Muslim yang sudah berusia hampir seratus tahun.

Pembahagian majoriti-minoriti merupakan kesan penjajahan (colonialism) berdasarkan polisi pecah dan perintah. Mardhiyyah belajar daripada Arjun Appadurai dalam  Fear of Small Numbers: An Essay on the Geography of Anger. Bauman kata juga dalam Liquid Fear, ketakutan terhadap nombor kecil ini bukan ketakutan inter-individu atau inter-kumpulan sahaja, tetapi ketakutan ini juga berlaku secara intra-individu. Jadi, yang paling penting ialah kita mengurus ketakutan diri kita dan ketakutan orang lain tanpa mengira kafirin atau tidak.

(4(4)  Ekstrimis ada di mana-mana. Musuh paling susah sebenarnya bukan ekstremis agama tetapi ekstermis sekularis kerana eksterimis sekularis seringkali melihat diri mereka sebagai Tuhan sebaik sahaja mereka melangkah ke luar tempat ibadah.

(5(5)  Generalisasi (generalize) ialah perbuatan yang sangat kurang cerdik dan hanya dilakukan orang pemalas. Kalau kau sendiri tidak suka disamakan dengan sesiapa, tidak suka diadili perbuatan orang lain, serta yakin setiap manusia dilahirkan berbeza, bagaimana kau boleh terima konsep generalisasi seperti semua bukan kafirin itu akan masuk syurga!

Kedua, hal-hal berikut ialah dilarang untuk dilakukan kafirin untuk memahami bukan kafirin. Kalau bukan kafirin buat, jujurnya kau kelihatan sama kurang bijak dengan bukan kafirin yang buat.
(1(1)  Jangan belajar tentang bukan kafirin daripada televisyen, wayang, filem, drama dan semua media yang kau tidak percaya.

(2(2)  Jangan kritik teks Al-Quran atau teks perkataan dan perbuatan Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf (lahir 570 Masihi) yang diriwayatkan riwayat yang sahih. Jangan kritik teks. Kritik pentafsiran individu atau kumpulan, silakan, dengan kejujuran mencari kebenaran. Sebab, untuk bukan kafirin bagi memahami kedua-dua teks ini sendiri, kami perlu untuk memahami latar teks itu diucapkan atau diturunkan. Juga perlu memahami bahasa Arab yang seringkali tidak mempunyai perkataan yang tepat jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Kau akan kelihatan sangat kurang cerdik kerana kau kritik sesuatu yang kau salah faham. Ibarat membodohkan kebodohan.

Kalau masih ingat tentang isu hadis “walaupun di atas unta” yang dikatakan Datuk Harussani itu. Harussani sendiri salah faham terhadap hadis itu, lalu kau percaya apa yang Harussani faham. Bahkan kau kata itu kata-kata Rasul sama macam yang Harussani kata. Kelakar.

(3(3)  Jangan kritik agama bukan kafirin atau sesama kafirin, sebelum kau mempunyai niat untuk mencari kebenaran dan membaca The Dialogue Decalogue karya Swidler.

Cukuplah itu sahaja panduan bagi menjadikan kedua-dua pihak, kafirin dan bukan kafirin, kelihatan cerdik. Kita tidak dapat lari daripada perbahasan tentang agama. Tiada masyarakat dalam dunia ini yang sekular. Yang ada hanyalah yang beragama atau separa sekular, sebahagiannya komunis. Berger berpendapat, kita memasuki satu era desekularisasi atau kembalinya agama kepada sistem politik dan ruang awam. Jadi, jadilah orang yang cerdik.

“Tiada keamanan sesama bangsa, tanpa keamanan sesama agama. Tiada keamanan sesama agama tanpa dialog antara agama. Tiada dialog antara agama tanpa penyiasatan terhadap asas-asas agama-agama, “ kata Hans Kung. – 6 September, 2015.

* Mardhiyyah Nor Azizan, Alumni Sekolah Kajian Keamanan dan Transformasi Konflik, Bangkok. Penulis menggunakan bahasa 'adik-beradik' bagi memudahkan penyampaian. Penulis boleh dihubungi melalui Facebook peribadi, Mardhiyyah Nor Azizan.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments