Rencana

Blok ke-3 PAS yang mencurigakan – Muammar Qaddafi

Selepas lebih 8 bulan PAS tidak lagi bersama gabungan parti pembangkang, akhirnya ia mengumumkan hala tuju parti mereka di dalam arena politik negara.

Sebagaimana dilaporkan portal HarakahDaily, PAS mengumumkan mereka adalah blok ke-3 iaitu pihak yang tidak menolak sepenuhnya tindakan kerajaan dan tidak sepenuhnya lagi bersetuju dengan idea-idea pembangkang.

Berdasarkan pengumuman ini, maka kita jelas dan maklum PAS tidak lagi berminat untuk menjadi kerajaan mahupun pembangkang,.

Mereka mahu menjadi suara non partisan yang didakwa lebih mendekati rakyat.

Cuma adakah PAS maklum kita ini di Malaysia, bukan Indonesia yang mana menggunakan sistem satu daerah satu pemenang.

Berebut kerusi yang satu. Indonesia sistemnya berebut undi. Tak kisah siapa dan berapa lawan.

Sistem politik kita dasarnya untuk mewujudkan sistem dwi parti yg sama kuat. Dwi, bukan 3!

Tujuan dwi parti adalah untuk memastikan tiada kuasa dominan kerana kuasa dominan bakal membawa kepada salah laku, korupsi, songlap duit dan salah guna kuasa lain oleh parti yang dominan.

Dalam konteks negara kita, perlu ada pakatan jatuhkan Umno-Barisan Nasional (BN) yang dominan kerana salah guna kuasa yang dibimbangi sudah pun berlaku kerana ia di dalam Parlimen.

Kewujudan blok ke-3 sebagai satu idea merakyat PAS dianggap sebagai satu alasan merapu dan bertujuan menutup kelemahan PAS hari ini.

Bagaimana PAS mampu menjadi kuasa ke-3 yang membumi apabila ia yang menjadi blok pertama dalam kerajaan Kelantan juga gagal menjaga kebajikan rakyat.

Malah, kerana tamak haloba pimpinan mengaut untung daripada projek balak, rakyat menjadi mangsa banjir besar pada 2014.

Alasan relevan buat PAS mewujudkan blok ke-3 adalah untuk menangkan Umno dalam pilihan raya kerana kita tahu PAS maklum Umno kehilangan kepercayaan rakyat dan apa yang membimbangkan PAS adalah peralihan kuasa kepada Pakatan Harapan yang di dalamnya adalah Parti Amanah Negara, PKR dan DAP.

Tidak hairanlah sebelum ini ada pemimpin menggunakan isu kaum dan agama bagi memastikan rakyat menolak Pakatan Harapan kononnya bimbang Melayu hilang kuasa jika ia menang.

Boleh jadi juga idea blok ke-3 ini muncul kerana PAS sendiri tidak tahu apa tujuan mereka masuk politik.

Untuk cari reda Allah? Nak jadi penasihat? Nak pecahkan undi? Nak menangkan Umno? Nak hudud? Nak masuk syurga? Nak halang kafir harbi?

Semua di atas PAS mahu, malangnya ia saling kontradik antara satu sama lain.

Bagaimana mahu reda Allah jika bersubahat dengan para koruptor untuk terus menjahanamkan negara. – 11 Mac, 2016.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments