Opinion

Pulanglah menyambut hari yang mulia

Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut hari raya Aidil Fitri, hari kemenangan bagi mereka yang berjaya dalam berpuasa sepanjang bulan Ramadan.

Dengan menyambut Aidil Fitri, umat Islam akan meninggalkan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.

Sepanjang bulan Ramadan, umat Islam berpuasa. Bukan setakat tidak makan dan minum di siang hari sahaja bahkan lebih dari itu.

Mereka dituntut supaya meninggal segala larangan ketika berpuasa bahkan juga mengerjakan ibadat sepanjang bulan yang mulia ini.

Rakyat Selangor sangat bernasib baik sepanjang bulan Ramadan ini. Ketika semua kakitangannya mendapat bonus raya sebulan gaji, rakyatnya yang beragama Islam juga mendapat rahmat tersendiri.

Rahmat itu adalah pengisian ilmu di bulan Ramadhan ini. Semua masjid dan surau di Selangor penuh dengan aktiviti ibadat di bulan yang mulia ini.

Selepas bersolat terawih sebanyak lapan rokaat dan Witir tiga rakaat, mereka boleh mendengar tazkirah Ramadan.

Berbeza dengan nasib umat Islam di beberapa negeri yang diharamkan dari diadakan tazkirah sepanjang bulan puasanya. Seorang Mufti mengeluarkan fatwa, tazkirah boleh merosakkan solat Terawih.

Kesan dari aktiviti tazkirah yang diadakan sepanjang Ramadan ini, surau dan masjid di seluruh Selangor penuh sepanjang bulan ini.

Menjadi fenomena biasa sebelum ini, surau dan masjid akan penuh di awal Puasa namun berkurangan di penghujungnya.

Namun tahun ini fenomena berbeza di kebanyakan surau dan masjid. Oleh kerana sejak dari awal lagi, para ustaz yang memberikan tazkirah mengingatkan mereka tentang pahala di 10 malam terakhir Ramadan, surau dan masjid penuh sampai ke hujung Ramadan.

Bukan setakat waktu solat Terawih sahaja dipenuhi orang, solat malam atau Qiamulail yang dibuat di awal pagi juga dipenuhi orang. Mereka mengejar malam Lailatul Qadar yang pahalanya lebih daripada 1000 bulan.

Kini Aidil Fitri menjelang tiba. Jalan-jalan raya keluar dari Kuala Lumpur dan Shah Alam penuh dengan kenderaan sejak petang Jumaat lepas lagi. Mereka mahu pulang ke kampung masing-masing.

Di kampung (kecuali beberapa negeri), mereka tidak akan dapat menikmati kuliah dan tazkirah Ramadan sebagaimana Selangor.

Namun begitu di kampung ada ayah dan bonda yang sedang menanti kepulangan anaknya. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa juga memberikan limpahan pahala yang berganda.

Marilah kita pulang dan mengembirakan ibu dan bapa (kepada yang masih berpunya). Marilah kita pulang untuk bersama sanak saudara menyambut hari mulia.

Maaf zahir dan bathin.- 6 Ogos, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments