Opinion

The Patriots dan lubuk kedunguan

A Samad Said menulis prakata bagi kumpulan esei Malaiur Manikam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Uthaya Sankar SB, 1 Disember, 2015. A Samad Said menulis prakata bagi kumpulan esei Malaiur Manikam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Uthaya Sankar SB, 1 Disember, 2015. Pernahkah anda sekadar membaca tajuk sebuah buku, makalah atau berita, dan terus melenting kerana tidak dapat mengawal perasaan marah?

Mungkin kedengaran lucu tetapi situasi seperti itu berleluasa dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Kita ketara menjadi emosional sebaik membaca tajuk buku/makalah yang mungkin menyentuh kaum, agama, ideologi atau pegangan kita.

Akibatnya, kita mengeluarkan reaksi dan komen penuh emosional, serta mengutuk penulis terbabit dengan penghinaan yang sangat teruk.

Mungkin beberapa hari kemudian, kita berpeluang membaca keseluruhan buku atau makalah berkenaan – atau diceritakan rakan – lalu kita malu sendiri atas sikap dungu, bangang dan bebal yang kita tonjolkan tadi.

Semasa bertemu Penasihat Agung Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), Datuk A Samad Said di Bangsar Utama pada 25 November 2015, kami sempat membincangkan topik berkenaan.

Kami mengkhusus kepada topik khalayak Melayu yang menjadi emosional apabila orang bukan Melayu menulis makalah berkaitan hal-hal Melayu; sama ada bahasa Melayu, budaya Melayu, sejarah Melayu atau jati diri Melayu.

“Saya sebenarnya menggalakkan penulisan seperti itu memandangkan dalam situasi sekarang, orang Melayu sendiri tidak begitu bersedia untuk menulis mengenai hal-hal berkenaan,” kata sasterawan negara itu yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

Pada pemerhatian beliau, politikus sahaja yang bercakap mengenai pelbagai topik berkaitan kaum di Malaysia, sementara orang ramai (rakyat) tidak bersedia untuk berkongsi pandangan secara kritis.

Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya, Pak Samad mengalukan kehadiran penulis bukan Melayu yang membuat kajian dan pemerhatian terhadap budaya Melayu, lalu menulis buku dan makalah.

“Asalkan ada batasnya serta bukan berniat untuk sengaja menggelorakan situasi. Kalau memberikan fikiran yang sejujurnya walaupun fikiran kritis itu mungkin bertentangan dengan apa yang dipercayai khalayak Melayu,” katanya.

Pak Samad berkongsi pandangan sambil membelek kumpulan esei Malaiur Manikam yang baru terbit tetapi sudah menimbulkan kontroversi.

Reaksi dan maklum balas pembaca seharusnya diraikan dan diterima dengan hati yang terbuka  penulis dan penerbit.

Akan tetapi, bagaimana jika segala komen berbentuk kutukan, penghinaan dan fitnah itu disebarkan sebelum kelompok berkenaan membeli – apatah lagi membaca – buku berkenaan?

Seorang individu yang menguruskan (admin) laman “The Patriots” di Facebook mengaku sudah membeli Malaiur Manikam dan “selak sepintas lalu” sebelum membuat keputusan, kumpulan esei itu menyentuh sensitiviti Melayu serta mempertikai “sejarah Melayu”.

Maka, bermulalah serangan daripada macai di laman berkenaan yang sebenarnya tidak pernah melihat buku terbabit; apatah lagi membacanya.

“Ban jer buku tu. Report pada KDN, ada unsur penyelewengan fakta ke atas bangsa Melayu,” kata Abd Halim Mohamad.

Para pengikut “The Patriots” menampakkan sikap dungu, bebal dan bangang apabila secara membabi buta menerima bulat-bulat tuduhan ketua mereka yang tidak pun membaca buku itu dengan teliti.

“Admin kata dia dah selak sepintas lalu, maksudnya sebahagian isi dibaca. (Admin kata) si penulis masih belum bertaubat, maksudnya si penulis masih dengan sengaja menimbulkan kekeliruan fakta,” ulas Sham Strike.

“Report KDN dan agensi berkaitan. Akta Hasutan ke apa ke kalau admin tengok buku ni meragukan,” kata Alexis Kyra pula.

Riz Ahmadi menulis komen “Pariah memang putar alam” sementara Fiz Hafiz meminta “Agong sila buat kerja la”. Khairul Hizam mencadangkan “Kita lawan dia” dan Nadim Man mahu “Kasi pancung habis”.

“Buang negeri saja tambi ni, menyemak ja kat sini,” kata Hasif Crows, manakala Azan Othman mahu pihak berwajib merampas buku itu.

Agak melucukan apabila segala komen, reaksi, cadangan dan pandangan dikemukakan tanpa membaca buku yang menjadi topik perbincangan!

Seolah laman “The Patriots” menjadi lubuk perkauman di mana pentadbir (admin) sengaja mahu khalayak Melayu membenci orang bukan Melayu dan bukan Islam.

The Patriots cemar imej orang Melayu, umat Islam

“Keling sial ni merempat datang menumpang kat Tanah Melayu. Berapa jamban todi kau dah telan? Dah nak mampos sangat biawak ni! Ini rumpun Nusantara, the Malay region. Kau keling kaji anak-anak haram yang bersepah kat negara kau sana.

“Ada hati nak cari pasal dengan orang yang dah berbudi kat kau ya! Bangsat betul! Ini seekor lagi anjing macam Cina jugak. Tak tau malu, tak sedar diri! Dah tak cukup hitam, nak jadi arang pulak?” Sergah Adawiyah Mjay.

“Bang (admin), kau dengan geng kau bantai je paria yang tak sedar dek untung tu,” seorang lagi ahli The Patriots menghasut.

“Apa kata kita debik balik buat cerita yang mereka cedok budaya Aryan? Lepas tu, tambah lagi nama India itu sendiri ciptaan British,” kata Carlos Olivera.

Pak Samad yang menulis prakata buku Malaiur Manikam terkejut, sedih dan malu dengan segala komen puak The Patriots; apatah lagi mereka menyalak tanpa membaca langsung buku berkenaan.

“Apa yang disajikan menerusi esei dalam buku ini wajar dibaca, diteliti, didalami dan dipertengkar (dibahas) secara sihat,” kata Pak Samad.

Sikap puak The Patriots memang sesuatu yang amat mengaibkan dan memberi gambaran negatif tentang kaum Melayu dan umat Islam secara keseluruhan.

Seolah-olah orang Melayu bersikap terlalu defensif dan langsung tidak boleh menerima komen, kritikan dan hujah orang bukan Melayu walaupun pandangan itu berasas.

“Saya fikir ini bukan soal bimbang. Ini sudah dihantar mesej lebih awal ke dalam minda mereka hanya kuasa Melayu akan jatuh jika bukan Melayu diberi peluang berhujah.

“Orang bukan Melayu menulis tentang apa yang berlaku. Mereka berhak untuk menyatakan pandangan sejujurnya. Orang Melayu pula harus meneliti apa yang ditulis. Bukan terus sahaja menuduh orang bukan Melayu berniat jahat,” Pak Samad menghuraikan.

Antara topik yang saya perkatakan secara kritis dalam Malaiur Manikam adalah budaya kaum India, hak istimewa orang Melayu, dilema golongan transgender, serta mengupas hal berkaitan ajaran Islam, Hindu, Kristian, Buddha dan Sikh yang mungkin dianggap terlalu sensitif untuk dibahaskan secara terbuka. – 1 Disember, 2015.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments