Opinion

Pengundi Cina tidak undi BN sebab bodoh kot

Mereka tertipu dengan dakwaan pembangkang hutang dan fiskal defisit negara semakin kronik kerana data yang dikeluarkan tidak benar.

Bukan itu saja, mereka juga tertipu dengan kata-kata pembangkang Malaysia sedang bergerak ke arah kehancuran ekonomi jika kerajaan terus boros berbelanja.

Propaganda pembangkang Umno berniat untuk menghapuskan sekolah vernakular juga antara sebab mereka ditipu.

Mereka juga tertipu dengan cara pembangkang memainkan laporan audit tahunan yang menceritakan kedahsyatan ketirisan, kebocoran dan penyelewengan duit cukai yang dibayar mereka.

Mereka juga salah percaya pada jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk lawatan antarabangsa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya.

Berita-berita bagaimana pelajar cemerlang perlu merayu untuk mendapat tempat di universiti setiap tahun dan bukan secara automatik yang dimainkan media juga berjaya menipu mereka.

Laporan-laporan antarabangsa kedudukan antarabangsa universiti negara semakin merosot yang disebut pembangkang juga berjaya menipu mereka.

Mereka juga tertipu dengan pembangkang yang mendakwa Malaysia mengalami kemerosotan purata pencapaian dalam dua subjek teras iaitu – Sains dan Matematik (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2).

Mereka tertipu dengan dakwaan pembangkang mengenai krisis lembu NFC yang melibatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menyebabkan mereka percaya pemimpin Umno ini sebenarnya tidak bersih.

Mereka tertipu dengan mainan pembangkang mengenai kematian Teoh Beng Hock. Mereka patut percaya dakwaan Teoh membunuh diri.

Mereka juga ditipu pembangkang Umno ada di belakang Perkasa. Kehadiran para pemimpin Umno ke Perkasa hanya satu kebetulan.

Mereka patut percaya MCA dan Gerakan boleh menjaga kepentingan mereka di depan Umno.

Kenyataan-kenyataan politik yang menyemai kebencian dan balas dendam yang keluar daripada para pemimpin Umno dan Perkasa hanyalah pandangan peribadi – mereka tidak wajar terasa dengan kata-kata tersebut sehingga mudah tertipu oleh pembangkang.

Mereka juga tertipu dengan dakwaan pembangkang konsep 1Malaysia hanyalah satu propaganda yang tiada makna kerana gagal merapatkan jurang antara kaum di negara.

Sebenarnya banyak lagi yang orang Cina kena tipu sehingga tidak mengundi BN.

Tidak dinafikan ada benarnya dakwaan Najib mereka tertipu dengan propaganda pembangkang 40,000 warga Bangladesh dibenarkan mengundi di PRU13.

Kalau benarlah dakwaan Najib, maka bodohlah orang Cina untuk tidak mengundi BN kerana alasan itu sebab ada banyak lagi perkara yang mereka kena tipu. – 20 Oktober, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments