Opinion

Liga Super Malaysia – satu pandangan

Hujung minggu ini akan mengemukakan hampir sepuluh perlawanan secara keseluruhan bagi semua pasukan. Dua belas pasukan yang beraksi di Liga Super ini mempunyai satu ciri yang sama.

Kesemua pasukan begitu tak konsisten dengan persembahan yang turun naik. Mungkin ada yang berpendapat bahawa kesemua pasukan sama kuat tetapi ini adalah anggapan yang salah.

Prestasi turun naik pemain menggambarkan satu perincian terutama dengan kejurulatihan.

Sekiranya, ada satu, dua atau tiga pasukan yang tidak konsisten, maka kita boleh lihat kualiti pemain tetapi keseluruhan terumbang ambing pasti sebab lain.

Persembahan pemain dan pasukan adalah tanggungjawab jurulatih dan disini ada kepincangan.

Apabila pasukan Kelantan beraksi pantas selama 70 minit dan seterusnya keletihan sehingga pasukan Johor Darul Takzim 1 dapat mencari gol kemenangan, ini muncul masalah kejurulatihan.

Sukar beraksi sepantas seratus batu sejam dalam keadaan cuaca di Malaysia.

Pasukan ATM begitu tactical serta tajam di Larkin tetapi langsung di belasah pasukan Terengganu di laman sendiri. Mungkinkah pasukan ATM menurunkan pemain yang agak berusia dalam dua perlawanan berturut-turut menjadi kelemahan?

Pasukan Perak pula sudah keletihan dengan pemain-pemain muda yang masih menyesuaikan diri pada peringkat yang lebih tinggi aspek taktikal serta kecergasan. Pemain muda pasukan Perak akan bangkit tetapi baru-baru ini sudah pancit.

Pemain-pemain pula masih lagi mencari rentak dengan Shakir Shaari sahaja yang begitu konsisten. Ketua pasukan Terengganu, Ismail Faruqi juga konsisten dan membimbing pasukan beliau dengan status ketua atau leader diatas padang.

Hujung minggu ini memaparkan kunjungan pasukan Sarawak ke Stadium Larkin menentang pasukan JDT1. Perlawanan yang boleh dikatakan kritikal bagi jurulatih pasukan Sarawak, Robert Alberts.

Pasukan Sarawak hanya beraksi satu rentak, menang atau kalah tetapi harus menunjukkan kebolehan taktikal supaya dapat menguasai keputusan dengan lebih arif. Sedikit kebijaksanaan perlu terutama sekali beraksi di tempat lawan.

Pasukan Pahang pula menunggu pasukan Perak dan dianggar akan menang mutlak. Penyerang pasukan Pahang, Dickson Nwakaeme seakan "gergasi" dengan tubuh yang tegap maka kini menjadi penyerang yang paling di geruni di Malaysia.

Perlawanan paling menarik hujung minggu ini pula mengandingkan pendahulu Liga, pasukan Terengganu bertemu pasukan Kelantan. Kini sudah tiba masanya untuk pasukan Kelantan mengelakkan dari keputusan kalah tiga kali berturut-turut dalam Liga.

Dan akhirnya, perlawanan diantara Selangor dan PKNS lebihkan perang saudara seperti dilaporkan di luar padang.

Apa yang di laporkan di pentadbiran kerajaan boleh bermain peranan emosi sewaktu kedua pasukan in bertarung kelak. – 29 Mac, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments