Opinion

Maka berkatalah pemimpin kita

Salam 1 Malaysia dan selamat datang ke majlis anugerah “Pencetus Kata Kata Menusuk Kalbu Terbaik“ bagi tahun 2014.

Calon-calonnya ialah:

Datuk Bung Mokhtar Radin dengan hujahnya Akta Hasutan mesti dikekalkan:

“Ketika di zaman Jepun, mereka ini akan ditembak di kepala. Di China, negara Komunis, mereka yang didapati bersalah menghasut akan dihukum mati. Tapi di Malaysia kita bicarakan dengan adil.“

Datuk Seri Hasan Malek berhubung pemantauan harga barang oleh kementeriannya selepas subsidi minyak dikurangkan tempoh hari. Dalam lain perkataan ketika harga minyak naik 20 sen baru baru ini:

“Sepanjang pemeriksaan memang ada kes atau aduan kenaikan harga barangan tetapi tidak banyak. Malah ada yang turunkan harga seperti pengusaha cendol di Kuala Selangor. Pengusaha itu turunkan harga cendol 20 sen.”

Datuk Ahmad Maslan ketika menjelaskan mengapa kerajaan memutuskan pemberian BR1M dibayar secara ansuran dan tidak sekali gus :

“Kalau diberi sekali gus RM950 dan bukannya tiga kali ansuran pada Januari, Mei dan September, mungkin kita boleh lihat rakyat mula membeli telefon bimbit baru seperti iPhone 6.“

Nancy Shukri ketika menjelaskan mengapa tindakan tidak diambil terhadap Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali diatas “saranan Bible dibakar”:

“Kenyataan yang dibuat beliau (Ibrahim) tidak menimbulkan kekecohan agama tetapi hanya mempertahankan kesucian Islam.”

Nancy sekali lagi ketika menjelaskan keputusan tidak ambil tindakan terhadap Ibrahim bukan keputusan beliau -- sebaliknya “pendirian” Peguam Negara dengan mengambil kira pandangan polis:

“ Keputusan untuk tidak mendakwa (Ibrahim) diambil kira selepas menimbang hasil siasatan Polis DiRaja Malaysia terhadap kes tersebut”.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mempertahankan Ibrahim berhubung isu sama:

“ Beliau (Ibrahim) tidak benar benar membakar bible. Beliau hanya bertanya apa rasa orang Kristian jika saya bakar Bible.”

Dan Ibrahim sendiri berhubung isu itu ketika komennya diminta wartawan:

“No, No. That is an old story. I don’t want to comment anything. This is all to spin and after spinning cause more misunderstanding. My statement then only referred to what had happened in Penang about the Bibles that some quarters were distributing in front of a school. That’s all and about Bahasa Melayu and kalimah Allah but they turn it into different thing.”

Ketua Polis Sepang Mohd Yusoff Awang mengulas samada siasatan akan dijalankan terhadap Timbalan Ketua Bahagian Umno PJ Utara Mohamad Azli Saad yang dilapor bekata sekolah jenis kebangsaan Cina perlu dimansuhkan:

“That’s just a suggestion from him not a public statement “.

Tan Sri Zainuddin Mydin mengenai masyarakat Cina yang menurutnya melakukan sendiri pengasingan diri daripada arus perdana atau “self isolation”:

“ Kenapa mereka merasa marah jika disalah mengertikan sebagai bangsa pendatang kerana mereka sendiri tidak mahu dikenali dengan bahasa rakyat negara ini dan masih mahu lebih dikenali dengan bahasa pendatang.“

Exco Kelantan Datuk Mohd Nassuddin Daud mengenai Kelantan bakal penjarakan sesiapa yang tidak solat Jumaat tiga kali.

“Sesiapa boleh buat aduan terhadap individu yang tidak solat Jumaat dengan mengisi borang yang akan diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan. Pada masa sama buku diberi kepada Imam dan individu akan diarah tunaikan solat tiga kali turut-turut. Imam dipertanggungjawabkan catat kehadiran. Jika individu gagal hadir dalam tempuh yang diberikan tindakan akan diambil.”

Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika menjelaskan larangan masuk ke negara ini yang dikenakan keatas sarjana Islam dari Indonesia Dr Ulil Abshar Abdalla:

“Kita di Malaysia pegangan kita Ahli Sunnah Wal Jamaah. Maka jika mereka masuk mereka menghalang kita daripada berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Janganlah kerana seorang yang masuk menghalang pegangan kerajaan.”

Ahmad Maslan sekali lagi. Kali ini mengenai cadangan Pakatan Rakyat supaya Cukai Warisan Harta dikenakan di Malaysia yang beliau sifatkan “tidak masuk akal”:

“Berapa banyak cukai yang hendak dikenakan kepada golongan orang kaya ? Cukai SST mahu dikenakan, cukai syarikat CGT dan apabila mereka mati pun mereka masih perlu bayar cukai iaitu Cukai Warisan Harta. Jadi apa yang tinggal untuk mereka? Dan apa nak diberi kepada anak mereka? Kita tidak mahu sekiranya dikenakan terlalu banyak cukai maka akan menyebabkan golongan kaya keluar dari negara.“

And the winner is... The envelope please… drum roll…

Pencetus Kata Kata Menusuk Kalbu terbaik 2014 ialah… – 22 Oktober, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments