Opinion

Katanya racun ditelan jua

Ada kain pemidang yang digantung megah di depan Pasar Besar Gombak baru-baru ini menarik perhatian ramai.

Di sebelah kirinya ditulis “PAS daripada kaca mata penyokong” (lebih kurang begitulah bunyinya). Kata-kata itu diiringi gambar seekor ayam jantan dengan perkataan “ayam sabong”.

Di sebelah kanan pula ditulis “PAS pada pandangan DAP/PKR”. Tertera gambar hidangan seekor ayam panggang yang menyelerakan – dikelilingi pisau dan garpu. Siap sedia untuk dimamah.

Mesejnya jelas. Tidak perlulah saya huraikan. Kain pemidang itu bagaimanapun lesap dengan cepat. Tidaklah tahu siapa yang membawanya turun. Dan tidak juga tahu siapa yang mempamerkannya in the first place.

Ramai termasuk orang PAS mendakwa (dan percaya) ia hasil kerja orang Umno. Atau sekutunya. Itu kata mereka, satu bentuk “psy war untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat (PR)” .

Begitu juga dakwaan yang kerap kedengaran seperti “Islam terancam, Melayu dalam bahaya, PAS dicucuk hidung“ dan sebagainya. Ramai dalam PAS (pemimpin dan ahli) percaya itu mainan pihak lawan bagi “melaga-lagakan PAS, DAP dan PKR bertujuan menamatkan riwayat PR”.

Namun – walaupun ramai menganggap itu “racun”, ramai juga yang menelannya – percaya PAS  “sudah hilang taring, menjadi pak turut dalam PR, Islam dan Melayu terancam ”.

Maka timbullah langkah atau usaha membawa PAS keluar daripada PR. Tidak dinafikan juga ada pihak dalam PAS yang yakin PAS sudah cukup kuat dan bersedia untuk “to go on its own” atau sekurang-kurangnya bekerjasama dengan “siapa yang boleh mempertahankan Islam”.

Bukan perkara baru itu semua. Malah sejurus selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008  ada  golongan dalam PAS yang berminat menjalinkan kerjasama dengan Umno.  

Mereka  mahu PAS bergabung dengan Umno mewujudkan  apa yang dipanggil kerajaan perpaduan atau “UG” singkatan untuk “unity government”. Di Selangor umpamanya. 

Selesai PRU tahun lalu, mereka mendesak lagi. Kali ini menggunakan kekalahan PAS di “Malay heartland ” untuk mengutarakan hujah PAS hilang kepercayaan orang Melayu dan power base terhakis kerana “terlalu mengikut telunjuk DAP dan PKR”.

Dan gologan yang mahu PAS “go solo" – mahu pun “geng UG” berjaya mendapat persetujuan Muktamar PAS lalu bagi “mengkaji peranan PAS dalam PR”.

Isu menteri besar Selangor, khususnya soal pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  boleh dilihat sebagai lanjutan atau sebahagian agenda golongan berkenaan. Erti kata lain krisis Selangor dijadikan sebab.

Tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama dalam krisis Selangor memberi gambaran golongan “anti PR“ dalam PAS mendapat restu he president and his men.

Seandai keluar PR, secara rambang PAS ada dua pilihan.

Satu – PAS bertindak sendirian – bebas memperjuangkan agenda Islamnya tanpa terikat dengan sesiapa.

Rasanya pengundi bukan Islam tidak akan menyokong agenda Islam PAS. Agenda itu juga tidak boleh menjanjikan sokogan seratus peratus orang Melayu/Islam terhadap PAS (keteptikan dulu soal pertandingan tiga penjuru dan sebagainya pada pilihan raya mendatang).

Pilihan dua – PAS  berganding dengan Umno. Bagaimanapun pelbagai persoalan mesti dibereskan. Antaranya pengagihan kerusi pada pilihan raya.

Agak rumit kerana selama ini kawasan yang ditandingi PAS ditandingi juga oleh Umno. Jadi siapa akan bertanding, siapa pula yang mesti beralah?

Dan ditakdirkan menang besar, siapa pula akan jadi perdana menteri? Presiden PAS atau presiden Umno (menurut lazim, jawatan PM disandang pemimpin parti atau gabungan yang memenangi jumlah kerusi paling banyak. Lantas  berbalik soal pengagihan kerusi di kalangan PAS dan Umno khasnya dan komponen BN)?

Mungkin untuk bercakap mengenai itu semua dan soal jawatan PM sekarang terlalu awal, tidak kena pada waku dan membawa perkara terlalu jauh.

Namun dalam menjalin gandingan dengan Umno, PAS tidak boleh bertindak selaku “pendahulu”. Itu agak jelas. PAS cannot lead. Umno tidak akan mengizinkannya.

Kemungkinan besar timbul tuduhan lama. PAS dicucuk hidung lagi. Pak turut dan segala macam. – 9 September, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments