Opinion

Bila membisu bukan pilihan (Bahagian II)

Seperti yang dijanjikan, Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob tampil memberikan penjelasan pihaknya berhubung isu ”pemberhentian” tiga wartawan kanannya yang menimbulkan kemarahan pelbagai pihak dalam PAS sendiri.

Isu itu menjadi hangat berikutan persepsi umum ia satu “tindakan politik“ yang dilihat berkait dengan rencana “anti ulama dalaman” yang disiar akhbar milik PAS itu serta pendirian sidang pengarangnya yang berbeza dengan pendirian kepimpinan tertinggi parti dalam beberapa perkara, termasuk isu menteri besar Selangor.

Pun begitu, penjelasan Dr Rosli tidak menyentuh tuduhan atau persepsi berkenaan.

Beliau memulakan penjelasannya menerusi SMS dengan berkata “Ask Lutfi if it is true he was fired. If he said he was fired, that claim must have been his own making.

As managing director, I have not been given any authority to issue any letter to that effect.”

(Lutfi yang dimaksudkan seperti kita maklum ialah Ahmad Lutfi Othman, ketua pengarang Harakah. Dan perlu diingat seperti yang tertulis dalam artikel saya sebelum ini, beliau tidak mengatakan dihentikan kerja. Malah ketika saya menghubunginya, Lutfi sedang bertugas di pejabat Harakah).

Dr Rosli seterusnya berkata, “He has a medical problem. That I am aware. He is often on medical leave and his leaves get longer lately. Harakah pays his medical expenses in full.”

Saya memberitahu pengarah urusan Harakah itu, menurut Lutfi, pengurusan Harakah mahu beliau mengambil skim pencen ilat Perkeso yang beliau enggan.

Keengganan itu disebabkan Lutfi mendakwa beliau diberitahu pakar perubatan beliau boleh sembuh. Lutfi bersedia menyerahkan laporan perubatannya kepada pengurusan Harakah. 

Respons Dr Rosli seperti berikut: “Chairman has already told him his case will be presented to the board in the next board meeting on 17th February.”

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha  Ali ialah pengerusi Harakah.

Bagi kes membabitkan Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid – kedua-duanya editor Harakah – begini penjelasan Dr Rosli:

“The other two were contract staff. Their contracts expired. If they claimed they were fired, you must insist they show evidence to that effect.”

Seperti yang kita tahu, ada pemimpin akar umbi yang mengkritik keras kepimpinan tertinggi PAS akibat isu ini.

Persoalannya adakah ia akan reda dengan penjelasan pengurusan Harakah?

Bagi Lutfi sendiri, yang mendakwa tetap setia dengan Harakah dan PAS,  pilihannya nampaknya hanya satu – tunggu keputusan lembaga pengarahnya 17 Februari ini. – 12 Januari, 2015.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments