Opinion

Ada apa dengan Bob Dylan (Bahagian 2)

Tidak dapat dinafikan, Dylan adalah nama yang penting dalam dunia ‘folk’ dan perkembangannya. Sebelum Dylan, folk hero adalah Woody Guthrie yang menjadi rujukan dan ‘ikon’ramai pelapis folk singer songwriter berbakat dunia seperti Dylan, Phil Ochs, Pete Seeger, Billy Bragg dan ramai lagi.

Woody Guthrie (lahir 14 Julai 1912 – 3 Oktober 1967) yang popular dengan lagu ‘This Land is Your Land’, yang kariernya bermula pada 1940 memang menonjol dari sudut idealisma dan perjuangannya dalam berkarya.

Pemuzik dunia mengkagumi Woody tetapi ia tidaklah menyeluruh seperti Dylan yang diterima pendengar muzik keseluruhannya.

Saya layan juga lagu-lagu Woody juga Pete Seeger, tetapi mesej mereka tidaklah menyeluruh, baik dari segi muzik mahupun lirik. Saya kira saya amat menghormati karya-karya Phil Ochs yang hadir di zaman Dylan, tetapi yang mampu pergi jauh hanyalah Dylan.

Dylan dilihat lebih variasi dan lirik-liriknya tidak hanya menyeliputi isu politik, bahkan merangkumi semua aspek kehidupan, alam dan tuhan. Dylan hadir dalam pakej yang jujur dan sempurna. Rugged, handsome, berkarisma dan rebel.

Dylan hadir dalam waktu dan timing yang sempurna, di saat dunia berperang dan muzik dilihat sebagai alat untuk memprotes dan benci perang selain cintakan kedamaian.

Karier Dylan bermula pada 1962 dengan album judul ‘Bob Dylan’, setahun sebelum The Beatles muncul dengan album budak-budak mereka, Please-Please Me (1963).

Dan bayangkan apabila album The Times They Are a Changin yang diterbitkan pada 1964 yang mesej dan lirik dalam album ini hebat dan mantap menemui pasaran, Beatles masih hanyut dengan album budak-budak mereka seperti A Hard Days Night (1964).

Beatles hanya menjadi sebuah band yang matang apabila album Rubber Soul yang diterbitkan pada tahun 1965.

Karier Townes Van Zandt bermula pada 1968 dengan album ‘For The Sake of the Song’. Beliau diterima segelintir peminat muzik folk n country, termasuklah Dylan sendiri yang merupakan peminat Van Zandt. Karier Townes Van Zandt bermula pada 1968 dengan album ‘For The Sake of the Song’. Beliau diterima segelintir peminat muzik folk n country, termasuklah Dylan sendiri yang merupakan peminat Van Zandt. Townes Van Zandt, Phil Ochs, Rodriguez adalah antara folk singer songwriter yang muncul di era Dylan namun semua mereka ini dikira gagal menembusi pasaran dunia seperti yang mampu Dylan lakukan.

Townes Van Zandt yang kariernya bermula pada 1968 dengan album ‘For The Sake of the Song’ dan aktif dengan album-album di tahun berikutnya hanya diterima segelintir peminat muzik folk n country, termasuklah Dylan sendiri yang merupakan peminat Van Zandt.

Rodriguez? Saya tidak kenal dan tidak pernah mendengar lagu-lagunya sebelum ini. Maka saya pun mengambil masa untuk mendengar lagu-lagu beliau terutama daripada album-albumnya di 1970 (Cold Fact) dan 1971 (Coming from Reality) juga membaca dan mengkaji info-info yang terdapat di Internet.

Apa yang saya faham tentang Rodriguez, lagu dan gaya muziknya punya pengaruh yang kuat daripada Bob Dylan. Menonton persembahannya di Youtube memang menarik dan punya gaya tersendiri. Gayanya yang agak eksentrik sambil menyanyikan lagu hitnya Sugar Man dan Crucify Your Mind sambil bermain gitar semi akustik dengan tali nylon dan diiringi pemuzik iringannya memang asli dan ada ‘feel’.

Billy Bragg pula amat mengkagumi karya Phil Ochs, yang mana katanya kalau nak dibandingkan dengan Dylan, beliau lebih menghormati karya-karya Phil Ochs.

Bagi Bragg, karya-karya Phil Ochs lebih pure manakala Dylan pula berjaya mengecap kemasyhuran sebagai penyanyi folk yang melalui zaman penuh gilang-gemilang.

Salutnya pada Phil Ochs, hinggakan terdapat sebuah lagu yang berjudul ‘I Dreamed I Saw Phil Ochs Last Night’ di dalam albumnya The Internationale, didedikasikan untuk mentornya itu.

Sepanjang kariernya, Ochs menghasilkan 8 album iaitu ‘All the News Thats Fit to Sing’(1964), ‘I Aint Marching Anymore (1965), ‘Phil Ochs in Concert (1966), ‘Pleasures of the Harbour (1967), ‘Tape From California’(1968), ‘Rehearsals From Retirement’(1969), ‘Greatest Hits’(1970) dan ‘Gunfight at Carnegie Hall (1975).

Mungkin Donovan dilihat mampu bersaing namun ia tidaklah sampai mencapai tahap Dylan dari segi populariti mahupun kreativiti dan karisma.

Di seluruh dunia bahkan di mana-mana, akan muncul folk singer songwriter yang menjadikan Dylan sebagai ‘hero’ mereka, seperti di Jepun, India, Indonesia, Malaysia bahkan di merata dunia sekalipun.

Di Malaysia sepatutnya kita punya Kembara yang diterajui M.Nasir suatu waktu dulu, yang mesej dalam lagu mereka penuh dengan elemen marhaen dengan elemen ‘folk’ yang kuat. Tapi itulah, ia hanya faktor musim dan hari ini mereka hanya singgah di Istana Budaya tempoh hari untuk bernostalgia dengan lagu-lagu lama mereka.

Saya masih mengharapkan kumpulan Kembara dapat dihidupkan semula dengan lagu-lagu baru yang kekal dengan konsep di zaman trio M. Nasir, A. Ali juga S. Sahlan.

Walaupun hari ini saya tidak lagi menjadikan siapa-siapapun sebagai hero mahupun bahan rujukan, tetapi saya masih mendengar lagu-lagu Dylan, harry Chapin, Phil Ochs, Fals, Ebiet, Kembara dan banyak lagi.

Sebab? Lagu-lagu mereka tidak kosong, bahkan penuh dengan mesej dan akan membuatkan kita berfikir tentang benda-benda yang bermanfaat pada minda dan jiwa.

Saya masih mengharapkan ramai anak-anak muda yang punya minat terhadap muzik-muzik yang serius seperti ‘folk’ dan ‘blues’. Saya menulis tentang Bob Dylan inipun dengan harapan ia dapat mendatangkan minat terhadap generasi hari ini agar dapat menanamkan minat terhadap muzik ‘folk’ dan yang sewaktu dengannya.

John Legend juga merupakan peminat Bob Dylan. Tak begitu? – 27 November, 2014.

* Bahagian I.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments