Opinion

OIC tengok saja MH370 hilang, Amerika pun tolong Malaysia

Ke mana hilangnya negara Pertubuhan Negara-Negara Persidangan Islam (OIC) ketika Malaysia terpinga-pinga menghadapi krisis selepas kehilangan MH370?

Mengapa tiada satu pun bantuan walaupun Malaysia adalah anggota pertubuhan tersebut?

Amerika Syarikat yang bukan negara Islam pun datang membantu, inikan pula saudara seagama.

Ketika ini saya teringat kembali kata ibu, "kawan bila senang berdampinglah dengan kita, bila susah hilang entah ke mana".

Hendak kata OIC sedang sibuk dengan krisis di Syria atau pun Mesir yang sedang bergolak, tidak pula nampak peranan yang dimainkan. OIC cuba bermain politikkah?

Mungkin sudah tiba masanya kita suruh menteri agama kita atau Jakim menengking sedikit OIC, ketika ini jabatan agama dalam negara kita perlu mainkan peranan, janganlah asyik tangkap orang khalwat saja. Ini sudah macam jaguh kampung, apa salahnya sekali-sekala jadi juara global.

Ketika artikel ini ditulis, Dr Kassim Ahmad juga baru sahaja selesai disoal siasat lewat pagi. Adakah Kassim ini "menggugat keselamatan negara". Banyak lagi kerja jabatan agama ini boleh buat daripada menjadi pembuli.

Bukan sahaja OIC tidak membantu Malaysia, sehingga artikel ini ditulis, mereka juga masih membisu tidak menyatakan pendirian ke atas hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Mesir terhadap 529 penyokong bekas Presiden kelima Mesir, Mohamed Morsi.

Malah, almarhum Tunku Abdul Rahman juga merupakan Setiausaha Agung pertama OIC pada 1971-1973.

Janganlah gah pada jumlah negara dalam OIC sahaja, tetapi berapa daripada gabungan 57 negara tersebut yang dilihat bersungguh-sungguh membantu Malaysia.

Ketika ini kita tunggu jaguh menteri songkok kita dari utara, yang dahulu hebat berkata-kata Malaysia negara Islam yang dihormati seantero dunia. Tapi penyudahnya, hero kita seorang ini kena juga tunduk minta tolong bantuan Amerika Syarikat, negara Mat Salleh yang dahulunya menyerang dua negara Islam, Iraq dan Arghanistan.

Lalu, saya pun terlintas seungkap kata daripada rakan, "Kamu boleh berdoa supaya mereka semua selamat, tapi janganlah lupa menyoal sebab tragedi ini berlaku".

Kamu boleh menipu rakyat Malaysia 50 tahun lalu, tapi jangan ingat boleh menipu selama-lamanya.

Malaysia dalam OIC? Alahai, apalah sangat kita dapat jadi anggota, takkan hendak kejar kuota haji semata-mata pak menteri?

Up sikit standard. - 31 Mac, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. 

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments