Opinion

Ikhtilaf – rahmat atau laknat?

“Al-ikhtilaaf feee ummatee rahmah”(ikhtilaf dalam umatku adalah rahmat).

Itu bunyi hadis Nabi Muhammad dalam isu ikhtilaf. Maksud ‘ikhtilaf’ secara bahasa ialah sesuatu yang berganti-ganti tetapi maksud secara syar’i ialah perbezaan.

Dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), ikhtilaf adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi.

Ia sememangnya adalah terlalu jelas dan perlu diterangkan.

Alasan yang acapkali diberikan ialah yang ikhtilaf antara puak Aswaja adalah disebabkan sahabat-sahabat nabi mendapat maklumat yang berbeza daripada Nabi namun alasan ini tidak masuk akal.

Nabi itu hanya seorang saja dan pada bila-bila masa dia boleh memberi kepastian kepada sahabat-sahabat.

Lainlah kalau perbezaan ini tidak sampai kepada sahabat-sahabat Nabi langsung tetapi hanya dikatakan begitu untuk mendapat otoriti saja.

Satu daripada perkara yang paling penting yang Aswaja dan saingan mereka, puak Syiah, tidak dapat setuju ialah dalam isu pemberian posisi khalifah selepas kematian Nabi. Amatlah hairan yang Nabi yang dikatakan sebagai penerang (mubayyin) dalam isu agama tidak memberi arahan jelas dalam isu yang maha penting ini.

Dalam peristiwa Ghadir Khaum, Nabi dikatakan memberitahu yang sesiapa yang mengambilnya sebagai ‘wali’ juga mengambil Ali ibn Abi Talib (sepupunya) sebagai wali.

Namun apa maksud ‘wali’ pun tidak dipersetujui! Ada yang kata otoroti kerohanian saja ("spiritual authority") tetapi ada yang kata otoriti keseluruhan.

Kenapa sahabat-sahabat Nabi tidak mencari kata putus daripada Nabi semasa hayatnya.

Hairan juga. Walau macam mana pun, ikhtilaf dalam kes ini bukanlah menjadi rahmat tetapi laknat.

Buktinya? Hingga hari ini Aswaja dan Shiah masih belum menyelesaikan masalah ini dan mereka masih berperang di beberapa bahagian dunia Islam.

Di Malaysia, ikhtilaf mempunyai satu sudut lain iaitu unsur Wahabi pula. Siapa Wahabi ini? Wahabi adalah pihak yang sejarahnya bermula di Saudi Arabia.

Pioneer gerakan ini, Muhammad ibn Abdul Wahab menidakkan penziarahan kubur-kubur wali-wali kuno kerana kononnya, pengikut-pengikut wali-wali ini melakukan syirik dengan menziarahi makam wali-wali.

Kebanyakan mereka adalah Muslim yang aman damai. Fokus mereka adalah pembersihan akidah orang Islam.

Mengikut mereka, orang Islam banyak menyerap kepercayaan yang dikatan sebagai inovasi (bid’ah) kepada kepercayaan Aswaja yang asli. Di sinilah sebenarnya daya tarikan mereka. Orang Islam yang cukup takut tentang kerosakan akidah akan tertarik kepada pendekatan yang mendakwa yang kononnya merekalah yang boleh memberi akidah yang asli.

Kerana itulah pihak Wahabi dan penyokong mereka akan melibatkan diri dalam debat yang tiada implikasi pada masa kini seperti debat mawlud Nabi (hari jadi Nabi).

Golongan Wahabi amatlah menolak peraian ini kerana pada mereka, ianya adalah inovasi yang boleh merosakkan akidah.

Di Malaysia baru-baru ini, ada ura-ura yang kononnya akan berlangsung perbincangan di antara seorang ulamak yang terkenal yang kononnya banyak mengikut manhaj Wahabi dan seorang ulamak yang mempertahankan posisi Aswaja yang asal.

Ulamak yang bukan Wahabi itu mengaku dapat memengang jinn sebanyak 4000 ekor jadi perlulah Ulamak yang dikatakan Wahabi itu berjaga-jaga kalau-kalau dia menghantar jin-jinnya pula!

Jadilah seperti filem P. Ramlee, Nasib Do Re Mi pula!

Seorang menteri yang dikatakan amatlah berminat bermain golf di luar negara di atas biayaan pihak lain tidak menggalakan debat ini kerana boleh menimbulkan persengketaan antara agama.

Jadi apakah jalan penyelesaian untuk ikhtilaf atau perbezaan pendapat? Perlu diingat yang perbezaan pendapat ini bukanlah perkara yang dibuat-buat.

Ikhtilaf adalah satu perkara biasa kerana tiap-tiap manusia memahami maklumat dengan berbeza.

Jikalau sahabat-sahabat Nabi yang bahasanya sama dan boleh mendapat kata putus daripada Nabi pun boleh ada ikhtilaf (and berperang sampai berbunuhan sesama sendiri), maka tidak hairanlah umat Islam sekarang yang sudah berbilion bilangannya dan berbilang kaum, bahasa dan budaya mempunyai ikhtilaf juga.

Masalahnya bukan ikhtilaf sendiri tetapi sikap kita kepada ikhtilaf.

Jikalau ikhtilaf itu satu perkara semula jadi, kenapa ia boleh membawa laknat pula?

Jawapannya adalah mudah – kerana sikap orang Islam terhadap fenomena ini tidah begitu sihat.

Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada aktivis Islam Dr Kassim Ahmad. Kassim yang mempunyai perbezaan pendapat dengan Aswaja dan dilihat sebagai cabaran kepada iktikad Aswaja (seperti dalam isu syahadah) ditangkap di rumahnya di Kulim Kedah dan dibawa ke Kuala Lumpur.

Dia didakwa menghina Islam dan menolak otoriti agama.

Namun begitu, mahkamah rayuan telah mendapati yang penahanannya tidak sah dan dia dibebaskan.

Walaupun demikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi) masih merayu untuk menterbalikkan keputusan ini.

Kes Kassim menunjukkan contoh di mana ikhtilaf itu membawa laknat. Kenapa tidak membawa rahmat? Kerana sikap terhadap ikhtilaf ini amalatlah zalim.

JAWI yang mempunyai kuasa (walaupun terhad) untuk mendakwa sesiapa saja yang mencabar periuk nasi mereka mengambil jalan yang paling keras.

Kenapa tidak mengikut sunnah Nabi yang adalah rahmat kepada sekalian manusia (Al-Quran, 21/107).

Kenapa perlu mengambil jalan yang keras? Ikhtilaf sebenarnya boleh menjadi perkara yang indah tapi sikap manusia yang merosakkannya. – 24 Februari, 2016.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. 

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments