Opinion

Wajarkah Anwar berundur?

21 MEI — Satu tinjauan di lamat web yang direspon oleh beberapa belas ribu orang bersetuju supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur dari pimpinan utama Pakatan Rakyat dan ketua pembangkang di Parlimen. Itulah kira-kira sebagai reaksi setelah Pakatan tidak dapat kerusi selalyaknya bagi memenangi PRU 5 Mei lalu.

Respon itu sesuai dengan kenyataan yang pernah Anwar buat bahawa dia akan berundur sekiranya Putrajaya tidak dapat ditawan. Maka itulah dituntut oleh responden.

Responden bersetuju dia berundur kira-kira 80 peratus. Ia tinggi tetapi belum sampai 15,000 orang. Jika seluruh anggota Perkasa mengambil bahagian mungkin yang mahu dia berundur naik 100,000.

Sekalipun Pakatan belum berjaya menguasai Putrajaya tetapi yang mengundinya di seluruh negara yang  direkodkan oleh SPR hampir 51 peratus atau 5.5 juta tidak termasuk yang lesap, sedang BN yang diisytihar menang itu diundi oleh 5.2 juta saja.

Perlembagaan tidak mengiktiraf undi popular sebagai pemenang, tetapi Pakatan telah menang dari segi demokrasi. Maka ada justifikasi Anwar tidak perlu berundur. Pakatan mengikut kekeliruan pengiraan undi tidak  dapat kerusi secukupnya, sedang ia menang undi popular.

Pakatan bukan tidak menang, cuma ia tidak dapat berkuasa. Keputusan muktamat sekarang menunggu apa mahkamah kata apabila sekitar 30 petisyen pilihan raya akan dikemukakan selepas ia diwartakan.

Jika Anwar dalam situasi yang ada mengubah fikiran tidak berunsur tidak dikira dia tidak berpegang kepada janji. Janjinya kiranya Pakatan kalah serba serbi. Sekarang Pakatan tidak kalah serba serbi.

Katakan Pakatan kalah serba serbi, Anwar seorang tidak boleh menentukan dia patut berundur atau mesti menerus usaha menawan Putrajaya. Anwar boleh menawarkan diri berundur tetapi pimpinan Pakatan dari segi moral berkuasa untuk bersetuju atau tidak bersetuju.

Kalau Anwar mahu menjadi ketua atau calon Perdana Menteri, dia memerlukan persetujuan konsenses Pakatan. Kalau pimpinan Pakatan tidak setuju, maka dia tidak boleh jadi pemimpin. Dan apabila dia hendak berundur pula, dia tidak juga boleh buat keputusan sendiri. Dia kena dengar apa pimpinan PAS dan DAP kata.

Apa jua keputusan yang Anwar hendak buat, dia mesti berunding dulu dengan pimpinan PAS dan Pakatan.

Setakat ini kedudukan yang ada di tangan Pakatan Rakyat ialah Ketua Pembangkang di Parlimen. Jika mengikut parti mana yang banyak kerusi ia DAP. Anwar sendiri pun tidak boleh berkeras terus menjadi Ketua Pembangkang. Dia pun tahu Lim Kit Siang perlu ditanya dulu. Dia sudah menyatakan kesediaan untuk memberi kepada pihak yang lebih berhak.

Tetapi Lim Kit Siang sudah menyatakan supaya Anwar wajar meneruskan kedudukan itu. Tiada di kalangan keluarga PR membantah Anwar meneruskan kempen menawan Putrajaya.

Dengan Anwar dikehendaki mendengar apa kerabat Pakatan kata, bukan apa tinjauan laman web kata.

Keupayaan Pakatan Selangor mencapai keputusan yang lebih baik  dari PRU 2008 adalah bukti Pakatan dan pimpinan tiga serangkainya — Anwar, Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang — adalah isyarat Pakatan belum ditolak dan mereka mesti meneruskan kempen yang belum selesai.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis.

 

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments