Opinion

Jenaka Tok Guru beri DAP tanah

26 DIS – Setelah Orang Melayu ada beberapa cerita jenaka seperti Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya, Musang Berjanggut, Pak Pandir, Lebai Malang dan lain-lain, maka yang  terbaru ADUN UMNO di Perak keluar pula dengan karya jenaka Tok Guru Nik Aziz beri tanah beribu ekar kepada dua ADUN dan juga pemimpin DAP Perak.

Tanah hutan itu dikatakan diberi bagi memungkinkan DAP bersetuju menjadikan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Bagaimana, dan bila masa dini hari pilihanraya 9 Mac 2008 itu sempat Tok Guru Nik Aziz  dan mana-mana pembantunya sempat berhubung dengan pemimpin DAP Perak yang belum dikenaliny lagi?

Agak ajaib juga Tok Guru dan pemimpin DAP berkenaan dapat mengenal pasti tanah yang luas sebagai tawar menawar.

Dengan keputusan PRU yang demikian, dini hari itu DAP sempat menghubungi Ustaz Ahmad Awang, Pesusruhjaya PAS Perak masa itu untuk berjumpa di Ipoh bagi membincangkan pembentukan kerajaan  campuran.

Sebelum mereka bersetuju untuk berjumpa Ustaz Ahmad tanya Pengerusi DAP yang menang DUN Sitiawan itu, siapa jadi Menteri Besar. Syarat berjumpa itu ialah calon Menteri Besar dulu.

Setelah ada bayangan ia boleh menawarkan jawatan itu kepada PAS, barulah mereka berjumpa sebelum masuk fajar. Tok Guru itu pun tak kenal lagi Nizar. Tidak ramai orang PAS di luar Perak yang kenal Nizar masa itu.

Saya yang berasal dari Perak pun hanya baru mengenalinya kerana dia bertanding di DUN Pasir Panjang tempat saya mengundi.

Dan setelah lama menenai Tok Guru sejak belasan tahun sebelum menjadi Menteri Besar, saya tak nampak akan keupayaan beliau untuk menawarkan orang itu dan orang ini dengan apa-apa kemudahan yang ada  dalam negerinya.

Dan kalau ada orang meminta itu  dan meminta ini, beliau tidak mudah menyetujuinya sebelum bertanyakan nasihat orang-orang yang rapat dengannya.

Dan apabila saya ikut pula dasar DAP, saya tahu benar parti itu amat benci pada rasuah. Mereka jauh berbeza dengan saudagar-saudagar MCA. Semua tahu orang DAP itu bukanlah malaikat. Mereka pun ada nafsu juga. Jika ada orang-orang DAP yang mudah gelap mata dengan apa yang boleh dikaitkan dengan rasuah, maka itu pun satu jenaka juga.

Kemungkinan, terjebak dengan rasuah itu ada, tetapi itulah yang dikatakan jenaka jika ia berlaku.

Dan kita tahu disiplin DAP tentang orang-orangnya yang rasuah amat tinggi. Kit Siang tidak akan beri muka kepada orang-orangnya yang ada dosa itu.

Jika dua ADUN DAP yang bersepupu itu ada skendal menerima tanah hutan dari Kelantan diketahui oleh DAP, mungkin DAP teragak-agak untuk bertindak semasa Perak dalam pentadbiran Pakatan Rakyat. Jika ia bertindak masa itu ada risiko kerajaan itu akan tumbang.

Tetapi, setelah ada rampasan kuasa terhadap kerajaan itu, tiada apa yang DAP bimbangkan untuk mengenakan tindakan kepada dua ADUN bersepupu itu –satu ADUN Sitiawan dan satu lagi ADUN Pantai Remis.

Dan kalau Tok Guru tadi pandai pula menyuap DAP dengan tanah yang orang terfikir tentang partinya PAS boleh buat begitu dan kedua orang tidak fikir beliau sendiri pandai berlakun begitu, jika betul bagai karya jenaka orang UMNO itu, itupun saja jenaka  tentang PAS dan tentang Tok Guru sentiasa menyebut takutkan dosa.

Karya jenaka UMNO ini, kiranya P.Ramlee masih ada, boleh dijadikan filem jenaka seperti Bujang Lapuk atau Labu Labi atau  Nujum Pak Belalang.

Saya teringat jenaka P.Ramlee seperti, “Pok pok pok, bujang lapuk, ada macis tiada rokok.”

* Ini adalah pandangan peribadi penulis.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments