Opinion

Gelombang lebih bergelora dari dulu

10 APRIL ― Pembubaran Parlimen pada 3 April lalu bukan bermulanya demam pilihanraya. Jika negara ini ibarat manusia, ia sudah demam lama yakni orang yang berpenyakit sekian lama.

Demamnya menyerang sejak dua musim haji lalu. Cuma pembubaran Parlimen itu menambah tinggikan soho, dari demam biasa kepada demam panas.

Gelora demamnya memuncak. Gelombang PRU13 ini lebih bergelora dari 2008. Gelombang dulu ributnya di Semenanjung saja. Di Sabah dan Sarawak demam biasa saja.

Tetapi kali gelora di Sabah bak mengatasi gelombang di Semenanjung. Bahkan Bahkan Sarawak pula geloranya sudah tidak sekecil dulu. Ia mungkin tidak segelora Sabah tetapi bukan lagi gelora yang biasa.

Gelombang yang tidak segelora sekarang telah menyaksikan BN hillang majoriti dua pertiga di Parlimen buat pertama kali dan ia hilang empat lagi kerajaan negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Tenkujuh yang amat bergelora di Kelantan pada PRU 2004 jadi ribut biasa menyebabkan BN kembali senasib PRU 1990.

PRU 2008 sekali sekala saja Tok Guru Haji Hadi Awang bertemu Lim Kit Siang. Jarang sangat PAS naik pentas DAP dan DAP pun tidak banyak berceramah dengan PAS. Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah bebas tetapi kakinya berantai. Masa itu tiada Pedana Menteri menunggu. Kerajaan menunggu ada, tetapi Perdana Menterinya tidak ada.

Sejak lima tahun dulu Ustaz Hadi bertemu Kit Siang bukan lagi tiap-tiap bulan tai dua tiga kali sebulan. Tdok Guru Nik Aziz Nik Mat duduk sekali dengan Karpal Singh jadi hal biasa. Tak pernah Tok Guru Nik Aziz memutung kek hari jadi, tetapi beliau menyambut hari jadi di rumah Karpal.

Dan sekarang kerajaan menunggu ada Perdana Menteri.

Dulu PKR, DAP dan PAS tiada bas jelajah kawasan pilihanraya. Bas PKR dengan gambar Anwar tiba ke merata tempat. Kenderaan DAP pula dihias gambar Kit Siang. PAS pula tidak ketinggalan, ada treler panjang Negara Berkebajikan. Beza treler PAS tidak gambar Ustaz Hadi saja. Lebihnya ia pamir gambar Ustaz Hadi, Anwar dan Kit Siang sekali. Ertinya treler PAS bawa PKR dan DAP sekali ke sana sini.

Dulu tiada Pakatan Rakyat. Masing-masing dengan manifestonya. Ini kali Pakatan ada manifesto umum yang dinamakannya Buku Jingga dikeluarny tiga tahun dulu dan ada pula manifesto pilihanraya khas Pakatan Harapan Rakyat.

Didulunya BN dalam banyak perkara. Cuma BN mendahului Pakantan dengan menaikkan bendera Dacing di merata tiang di bandar dan desa sebulan lebih sebelum Parlimen dibubarkan. Ketika ia dibubarkan bendera pembangkang tak nampak.

Walaupun BN lambat keluarkan manifesto tetapi ia terlebih dulu keluarkan duit BR1M.

Yang lebih menggelorakan gelombang sekarang ialah semua kata sudah ada dua calon Perdana Menteri iaitu Anwar dan Najib. Dulu calon Perdana Menteri itu tunggal. Zaman Tun Razak, Tun Razak saja. Masa Dr Mahathir Mohamad, dia calon tunggal. Begitu juga zaman Pak Lah. Zaman seperti itu sudah tidak ada bagi Najib. Buat pertama kali ada dua calon Perdana Menteri.

Dengan gelombang yang bergelora dulu telah menyebabkan berlaku tsunami politik. Apakah dalam gelora seperti gunung memukul pantai, tiada tsunami yang lebih besar atau tiada lagi tsunami?

Alam seolah ajaib kalau gelora sedemikian tidak memungkinkan tsunami.

Bukan manifesto Pakatan saja hendak menurunkan harga minyak dan harga motokar. Manifesto BN juga hendak menurunkan minyak dan motokar. Jika PR tidak rancang begitu dipercayai BN tidak bercadang turunkan harga itu.

Lebih BN dari Pakatan ialah BN ada BR1M dan akan dinaikkan kepada RM1,200 sedang sekarang RM500 saja. PR tiada BR1M. Bolehkah BR1M yang dinaikkan itu menjadikan gelombang yang merata itu hilang gelora dan BN dapat semula dua pertiga dan negeri-negeri yang hilang dulu?

* Ini adalah pandangan peribadi penulis

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments