Opinion

Gangguan air selepas jaminan menteri besar

Selepas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan catuan air tidak akan berlaku lagi di Selangor, maka dengan takdir Allah berlaku gangguan air di Balakong dan Bangi menyebabkan Syabas mengejarkan bantuan kecemasan di tempat terbabit.

Malah Syabas memberi amaran beberapa tempat seperti Gombak dan Klang boleh mengalami hal yang sama.

Saya mengulas jaminan kerajaan Selangor tentang catuan air tidak akan berlaku. Tanpa menafikan segala pengalaman dan persiapan Selangor bagi mengelakkan berulang ujian itu, saya mengingatkan supaya kerajaan berlapik dalam memberi jaminan itu.

Bagi saya makhluk tidak layak membuat jaminan itu. Allah saja yang layak memberi jaminan itu.

Sekali pun kerajaan membuat persiapan 100 bagi menghindarinya, masih makhluk tidak layak memberi jaminan.

Yang layak manusia katakan ialah dengan izin Allah, moga-moga catuan itu dapat dielakkan kerana kerajaan melakukan yang terbaik bagi mengelakkannya.

Apa yang saya ingat dalam tulisan saya itu berlaku, selepas 10 hari jaminan itu dibuat berlaku gangguan di Bangi dan Balakong.

Saya tidak berhajat bagi menyalahkan kerajaan negeri yang banyak melakukan tindakan bagi memberi perkhidmatan air yang terbaik, tetapi sekadar hendak mengingatkan sesama orang beriman, kelemahan kita ialah bercakap tidak berlapik.

Saya amat yakin kejadian yang terbaru itu adalah tanda Allah Maha Pengasih kasih kepada hambaNya supaya ingat betapa mkhluk tidak layak mendahului Allah dalam memberi jaminan itu.

Tidak sama sekali tulisan saya itu untuk mengajar kerajaan Selangor dan pemimpinnya, tetapi ia adalah ingatan umum untuk sekalian hamba Allah betapi hamba mesti cakap berapik tidak kira raja, menteri dan kuli.

Kita tidak dapat hendak mengelakkan orang daripada mengkritik kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya kerana kritikan tidak sekadar kerana kebencian, tetapi kekuatan orang yang berjaya ialah sentiasa mengambil positif atas sebarang teguran. Lagi tinggi iman seseorang seperti para nabi, lagi tinggi kecaman yang diterimanya.

Dengan kejadian di Bangi dan Balakong itu menteri Besar mengakui kekurangan kerajaannya, ia belum dapat sepenuhnya menguasai sistem belakangan air di Selangor disebabkan urusan pengambilan Syabas belum diselesaikan.

Banyakan tindakan pembaikan terhalang justeru Syabas setakat ini dilihat seperti sebuah kerajaan dalam kerajaan, ia bukan sebuah agensi yang tertakluk kepada kerajaan negeri.

Kuasa kerajaan negeri dan Khalid tidak segagah kerajaan persekutuan dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Apabila berlaku kegagalan bekalan elektrik selama tujuh jam di sebahagian besar negara, terus dia bertindak menyerahkan kuasa pengendalian itu kepada YTL hingga menjadikan YTL Raja Elektrik Negara.

Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengira Tan Sri Sabarudin Chik tidak dapat membantu menguatkan kuasa pemerintah maka terus ia dibuang daripada Bank Rakyat.

Kerajaan Selangor dan menteri besarnya tiada kuasa untuk memotong kuku Syabas hingga ia dilihat sebagai sebuah kerajaan air di Selangor.

Dan sebenarnya prestasi Syabas itu satu kegagalan simbol dasar penswastaan bagi Dr Mahathir, kerana ia tidak berjaya memberikan air murah tanpa gangguan kepada pengguna.

Bagi kerajaan Pakatan Selangor, Syabas terpaksa pikil biawak hidup atau biawak mati. Biawak hidup mencakar si pemikul. Biasa mati memekung hidung si pemikul. – 4 Julai, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments