Opinion

Duit jemaah haji susut lagi

Bala yang rakyat Malaysia  hadapi sekarang bertimpa-timpa.

Sudahlah pengguna kenderaan bermotor terpaksa membeli minyak mahal kerana ketiga-tiga minyak bagi menghidupkan setiap yang berenjin naik antara 15 sen dan 20 seliter.

Memang  Pedana Menteri otak bergeliga. Dua jenis  minyak diumumnya naik dan Ron yang satu lagi dinaikkannya 15 sen secara diam-diam. Hanya penggunanya saja tahu minyak itu naik kerana harga yang sama atas minyak yang dibeli  cepat habis.

Sebab apa cepat habis? Kerana dengan harga yang sama, minyak itu sudah tidak sebanyak dulu.

Itulah bala yang semua hadapi.

Otak auta  anggota Kabinet kata, bukan tujuannya menaikkan harga minyak tetapi untuk menurunkan subsidi minyak. Subsidi atas minyak adalah besar, cuma ia diturunkan 20 sen saja. Masih subsidi yang kerajaan tanggung jauh lebih besar.

Bala sama ada minyak naik atau subsidi minyak turun adalah sama. Bala untuk semua itu tidak setakat itu. Gara-gara kejadian itu menyebabkan rakyat ditimpa bala lagi kerana harga barang dan perkhidmatan akan naik.

Duit kita tidak bertambah, tapi kita tidak boleh barang sebanyak dulu dengan duit itu.

Serentak itu, kita hadapi bala duit lagi. Nilai ringgit berbanding dolar Amerika sudah susut tujuh peratus, terburuk sejak beberapa tahun. Atau setelah Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Orang perleceh pentadbiran Tun Abdullah dulu. Seolah-olah leceh berbanding dengan Dr Mahathir dan Najib. Tapi lecehnya tidak menyusutkan ringgit. Najib ada transformasi tapi ringgit jatuh.

Tidak banyak terasa jika rakyat tidak keluar negeri, terkurung seperti sang kodok di bawah tempurung. Bila kita keluar negeri, kita tukar ringgit dengan mata wang asing. Barulah kita terasa duit kita jadi sikit.

20,000 lebih orang naik haji sekarang tidak semewah jemaah sebelumnya semasa berada di Mekah dan Madinah. Mereka tidak dapat beli sesuatu semurah dulu. Mungkin harga di Mekah dan Madinah itu tidak naik.  Tetapi ringgit yang ditukar dengan riyal tidak dapat riyal sebanyak dulu lagi kerana duit kita jatuh. Untuk beli sesuatu terpaksa tambah ringgit lagi.

Tabung Haji yang menyediakan penginapan, makan dan tambang menambang terpaksa tambah peruntukan kerana nilai ringgit sudah tidak  sama. Semuanya memungkinkan kos haji akan naik.

Jika kita bawa duit poket sebanyak yang dinasihatkan oleh Tabung Haji untuk keperluan sendiri semasa di tanah suci, jumlah itu tidak cukup lagi terpaksa kena tambah. Atau kurang yang dapat dibeli di sana.

Bagi orang yang anak belajar di luar negara dengan tanggung sendiri, duit bulanan yang dihantar terpaksa ditambah kerana duit itu sudah  tidak cukup bagi keperluan mereka.

Bagaimana dengan beras, tepung dan keperluan makanan yang diimport. Mungkin harga barang yang diimport itu tidak berubah, tukaran duit kita untuk membayar pesanan itu terpaksa ditambah nilai mata wang kita jatuh.

Maka beban kewangan yang kerajaan tanggung dalam urusan antarabangsa akan melambung. Semua wartawan simpati dengan beban kerajaan yang bertambah itu. Mereka tanya menteri dan pembesar, apakah rakyat patut tanggung sama beban kerajaan itu? Menteri pun kata, memang kena tanggung samalah. Itulah sebab minyak dinaikkan.

Betullah rakyat kena tanggung sama. Tetapi kalau rakyat pun habis duit gara-gara semua barang naik, masing-masing sudah jadi macam  ayam kais pagi makan pagi, kais malam makan malam, dengan apa mereka nak tolong.

Tidakkah semuanya ini bala? Berapa lamakah ini hendak dihadapi? Sekurang-kurangnya selama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak bertukar. – 27 September, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments