Opinion

Bukan 61 saja Umno dipecat

3 MEI — Serta merta, sehari selepas hari penamaan calon seramai 61 orang dipecat dari Umno atas kesalahan menjadi calon bebas dan penyokongnya bertidan dengan calon Barisan Nasional di seluruh negara. Tentunya MCA juga patut mengambil tindakan yang sama, sama ada mereka hendak kekal dalam MCA lagi atau tidak.

Sebagai parti yang ada maruah dan disiplin, Umno wajar mengambil tindakan itu bagi memastikan ia tidak diremehkan oleh ahli-ahlinya.

Dalam kejadian seperti itu tiada  tunjuk sebab diperlukan mengapa mereka tidak boleh dipecat. Secara otomatik keahlian mereka digugurkan. Mengadu kepada mahkamah pun tidak berguna.

Sekalipun antara yang menjadi calon bebas itu Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahaim dan Datuk Seri Sharif Omar, bekas timbalan menteri pertanian, mereka tetap dipecat. Kamilia tidak menunggu dia dipecat, dia mengumumkan meletakkan semua jawatan dalam parti dan keluar parti sebelum dia dipecat.

Bilangan yang terpaksa dipecat kali ini adalah ramai. Sebelumnya tidak seramai itu orang Umno menjadi calon bebas. Tetapi zaman transformasi ini ia dilihat mendadak.

Tetapi 61 orang yang dipecat itu adalah yang menjadi calon bebas dan penyokong yang tercatit dalam borang pencalonan. Tetapi calon bebas itu tidak menjadi calon jika tiada yang mencadang dan menyokongnya. Tidak sekadar dua yang tercatit dalam borang itu saja yang bersamanya. Sekalipun pencadang dan penykong itu tidak semestinya menjadi ahli Umno, tetapi lazimnya penyokong dan pencadang itu adalah orang yang paling dekat dengan  calon itu. Maka sekurang-kurangnya seratus lagi ahli Umno yang sepatutnya dipecat.

Kemudian adakah mereka saja yang terlibat? Jika calon itu bergerak dan membentuk jentera pilihan raya untuk berkempen dan menjalan bermacam kerja pilihan raya, maka kesemuanya melibatkan lebih ramai ahli Umno, kesemuanya patut dikenakan tindakan.

Tindakan tidak semestinya dipecat, tetapi ada cara-cara lain seperti diberi amaran dan digantung atau diberi surat tunjuk sebab mengapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan?

Kalau semuanya bergerak, maka yang menunggu untuk dipecat mungkin mencapai seribu orang.

Cuma sekarang adakah yang dipecat itu sekadar yang bertanding dan bekerja membantu calon saja? Tidak mungkinkah ada orang lain yang memainkan peranan menggerakkan mereka menjadi calon bebas?

Contohnya apa yang terjadi pada MCA Pandan. Penyokong Ong Kee Teat tidak puas hati dia tidak dicalonkan semula. Sipercayai Perdana Menteri Najib diberi kata dua oleh Presiden Dr Chua Soi Lek.

Ong dikira calon boleh menang. Umno pun ramai yang sedia mengundinya. Ong sendiri disebut-sebut hendak bertanding bebas kiranya dia digugurkan. Dan dia pun dikatakan bersedia menimbangkannya.

Dia digugurkan. Dia tidak jadi calon bebas. Tetapi dipercayai yang menjadi calon bebas di situ adalah proksinya. MCA tidak mudah mengenakan tindakan kepadanya, tetapi diyakini dialah di belakang pencalonan itu. Jika tidak dengan dorongannya, munkin tiada calon bebas.

Apakah MCA akan bertindak terhadap orang yang menjadi dalang?

Orang macam ini dipercayai ramai dalam Umno dan merekalah di belakangnya.

Apakah Umno sedia membuat kajian orang seperti ini patut dipecat?

Apa pun calon bebas yang dipecat itu dikira tiada lagi bersama Umno selagi ia dipimpin oleh Najib. Masa depan mereka dalam Umno bergantung kepada pemimpin selepas Najib.

Bagaimana pun jika mereka bernasib baik mereka menang dalam pilihanraya ini. Kalau majoriti Umno kecil, maka mereka ada harga semula. Mereka akan dicari dan dijadikan Umno semula dengan lain-lain tawaran yang menarik. Pemecatan itu boleh ditarik balik.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis.

 

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments