Opinion

Apa positif, negatif pertanyaan Ngeh Koo Ham?

2 OKT — Ketika semua umat tertumpu kepada sikap tidak peduli Amerika atas filem anti-Islam keluaran rakyatnya, ada pula menumpukan kepada kekeliruan Datuk Ngeh Koo Ham atas reaksi umat  sejagat atas keparat filem “Innocence of Muslims”.

Ketika Islam yang prihatin mengadakan tunjuk perasaan di Kuala Lumpur dan kota-kota lain di seluruh negara, sekumpulan anti-pembangkang menyebu pejabat DAP Ipoh kerana marahkan kekeliruan Ngeh dan mungkin hilang tumpuan  kepada kebaculan Amerika.

Jangan sampai sikap anti-DAP menyebabkan isu filem durjana rakyat Amerika itu jadi perkara kedua.

Sesiapa boleh bersikap negatif atas pandangan Ngeh dan mengapa pula kita boleh melihatnya secara positif?

Apa sebenarnya yang Ngeh timbulkan? Apa yang saya faham dari apa yang tersiar ialah pertama, dia bertanya apakah reaksi kerajaan Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno kerana pendiriannya terhadap agamanya atau justeru politik?

Yang kedua, ialah kekeliruannya dan saya peliknya terhadap umat Islam seantero dunia bangkit dan sanggup mati apabila Nabinya, Muhammad SAW dicerca dan dihina.

Tentang Khairy, biarlah Khairy menjelaskannya dan topik itu didebat dan dipertikai.

Tentang yang kedua, semua orang — politik  dan tidak politik — telah memberikan reaksi yang negatif  terhadap kekeliruan Ngeh. Dia sudah dibenci.

Mengapa kita mengambil kekeliruannya itu secara positf?

Ngeh dipercaya mewakili berjuta manusia di dunia yang tidak faham atas reaksi umat Islam apabila agamanya dihina dan Nabinya dicerca. Semua orang MCA, MIC dan bukan Islam di dunia rasa pelik dan keliru atas sikap umat Islam sehingga masing-masing sanggup mati.

Trend di dunia sekarang termasuk yang mengaku Kristian agak lumrah mempersenda agama dan Nabinya. Mereka mengaku Jesus itu sebagai sebahagian dari tuhan tetapi ada yang tidak rasa apa-apa memperlecehnya. Mereka tidak berbalah seperti yang dilakukan Islam apabila agama dan Jesus dihina dan dicerca. Malah ramai yang boleh bergurau dengan kejadian seperti itu.

Ngeh mungkin lurus bendul lalu melahirkan kekeliruannya. Ia boleh dilihat secara negetif dan boleh dibuat secara positif. 

Ngeh adalah orang politik. Hidup mati orang politik bergantung pada undi dan sokongan orang ramai. Ngeh adalah orang yang memerlukan undi rakyat dalam PRU 13. Dia mahu rakyat bukan sekadar menyokongnya, tetapi menyokng partinya, DAP dan sekutu DAP yang lain termasuk PAS. Kalau dia anti-Islam jelaslah umat Islam tidak menyokongnya. Ia menundang bencana buat politiknya dan politik partinya.

Maka dia tidak buat kerja bodoh itu.

Tetapi dia mahukan satu jawapan kepada kekeliruannya.

Pada saat kita ada JAKIM dan ada YADIM yang tugas besarnya adalah dakwah, mengapa masing-masing tidak mengambil peluang menjelaskan kepada umat Islam meletakkan Nabi Muhamad SAW adalah segala-galanya selain Allah.

Inilah peluang kita memberitahu Ngeh bahawa kedatangannya sebagai Nabi adalah membawa rahmat kepada alam iaitu Islam. Rahmat itu untuk nikmat manusia semua agama dan bangsa, semua binatang liar dan ternakan, bahkan malaikat, bumi, luatan dan langit mendapat rahmat.

Kerana itu Islam melihat Nabi Muhamad lebih penting dan lebih berharga dari dari semua isi bumi dan langit.

Tidak sempurna iman seseorang jika cintanya kepada dirinya,  ayah bondanya, dan segala isi bumi dan langit lebih dari cintanya kepada Nabi SAW. Bagi orang Islam biar semua manusia  dan makluk mati, asal jangan Nabinya dicerca dan dihina.

Bukan senang hendak berdakwa kepada orang bukan Islam. Tetapi Ngeh telah membuka pintu untuk penjelasan. Mengapa kita tidak ambil peluang.

Saya yakin Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang rapat dengan Ngeh boleh mengisi ruang dakwah ini menjelaskan kepada Ngeh dan rakan-rakannya bagi menghilang kekeliruannya.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

 

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments