Opinion

AES: Khairy dan Bung Mokhtar tidak betul

15 NOV ― Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Umar yang mewakili pembangkang mempunyai sebab yang jelas mengapa dia menentang AES, satu sistem merakam kenderaan melanggar had laju dan mendendanya RM300 sekali kesalahan.

Pemuda Umno yang diketuai Khairy Jamaluddin dan MP BN Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin serta beberapa rakannya juga tidak setuju penguatkuasaan serta merta, bukan atas sebab tindakan itu tidak baik, tetapi kerana PRU 13 sudah terlalu dekat. Takut tsunami politik berulang bahkan lebih teruk.

Dibandingkan sikap antara kerajaan dan kelab penyokong BN, jelas sikap kerajaan ada prinsip menakala sikap Pemuda Umno dan Bung Mokhtar serta kumpulan berfikiran celaru.

Kedua-dua kerajaan Datuk Seri Najib Razak dan penyokong BN itu bersetuju tindakan menghukum kenderaan yang melanggar hak laju itu baik kerana ia boleh meminimakan kecelakaan jalan raya. Pimpinan Najib tegas bahawa ia mesti dikuatkuasakan, tidak kira ia disokong oleh pemandu atau tidak.

Pada pandangan kerajaan wajar tindakan itu dikenakan sekalipun pengundi tidak memberi sokongan kepada BN dalam PRU 13 nanti. Najib sedia menghadapi kekalahan pilihan raya demi menegakkan perkara yang betul. Demi menegakkan prinsip dan kepercayaannya, biar kejaraan yang dipimpinnya kalah dan biar kerusi Parlimennya di Pekan hilang pun tidak mengapa.

Apakah AES itu zalim atau tidak, ia bukan persoalan. Yang penting ialah AES itu pada prinsipnya adalah baik untuk mengurangkan kemalangan lalu lintas. Oleh kerana ia perkara baik, buat apa tunggu selepas pilihan raya?

Kita tidak tahu PRU bila. Kecelakaan disebabkan oleh pemandu laju berlaku bila-bila, setiap jam malah setiap minit. Kita tidak dapat agak ramai mana yang mati dan cedera sementara menunggu pilihan raya.

Kerana takut kalah pilihanraya dan demi mempertahankan kuasa, maka biarkan ramai orang mati dan cedera dulu? Adakah itu yang Khairy dan Bung Mokhtar mahu?

Saya tidak kata AES itu suatu yang adil dan pintar. Saya hanya mahu persoalkan pintar atau tidaknya sikap Pemuda Umno dan kumpulan Bung Mokhtar mahu pelaksanaannya ditangguh dulu dan ia boleh dibincang semula selepas pilihan raya nanti.

Pendirian Khairy dan Bung Mokhtar adalah untuk mempertahankan kuasa dulu. Biar menang lagi dan menang dulu. Apakah ia baik, adil atau perlu, biar pilihan raya dulu. Jika hendak diteruskan juga, tidak kira ia zalim atau tidak, ia boleh dikuatkuasakan selepas itu.

Apakah selepas itu rakyat didera atau dibela adalah hal kedua, yang utamanya BN mesti menang pilihan raya. Dan mungkin juga yang lebih penting Khairy dan Bung Mokhtar akan ada lagi di Parlimen.

Berbeza dengan tentangan Mahfuz. Padanya AES itu kaedah yang tidak adil, baik sebelum pilihan raya mahu pun selepas pilihan raya. Yang tak betul tetap tak betul baik dulu mahupun kemudian. Yang bercadang membincangkan pandangan Mahfuz kali. Tapi kali ini adalah tentang prinsip Khairy dan Bung Mokhtar.

Jika Khairy dan Bung Mokhtar tidak setuju ia dikuatkuasakan segera, maka mereka hendaklah beri alasan yang orang ramai dan kerajaan Najib boleh bincang dan boleh terima. Tetapi sekadar takut pengundi tidak menyokong BN maka ia perlu ditangguhkan dulu, adalah satu sikap yang tidak adil kepada pengundi.

Ia boleh dikira sebagai hendak menipu pengundi. Kita sorokkan segala keburukannya supaya tidak diketahui rakyat, maka selepas menang semua, teruskan tiidak kira ia mendera rakyat atau membelanya.

Kerajaan Najib telah menolak kecelaruan pendirian Pemuda Umno dan Bung Mokhtar.

Najib bukanlah PM yang ada prinsip sangat, tetapi tentang isu AES ini Najib lebih berpinsip dari Pemuda Umno dan Radin Bung Mokhtar. Biar BN dan Najib sendiri kalah asal kebaikan AES itu dapat ditegakkan.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments