Bahasa

Utusan Malaysia sokong Putrajaya sekat The Malaysian Insider

Meskipun pernah disaman beberapa kali dan kalah di mahkamah kerana menerbitkan artikel berunsur fitnah, Utusan Malaysia hari ini menyokong tindakan Putrajaya menyekat The Malaysian Insider dan menasihatkan supaya membuat kajian sebelum mengeluarkan laporan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Februari 2016. Meskipun pernah disaman beberapa kali dan kalah di mahkamah kerana menerbitkan artikel berunsur fitnah, Utusan Malaysia hari ini menyokong tindakan Putrajaya menyekat The Malaysian Insider dan menasihatkan supaya membuat kajian sebelum mengeluarkan laporan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Februari 2016. Meskipun pernah disaman beberapa kali dan kalah di mahkamah kerana menerbitkan artikel berunsur fitnah, Utusan Malaysia hari ini menasihatkan The Malaysian Insider membuat kajian sebelum melaporkan berita.

Akhbar milik Umno itu turut mengatakan The Malaysian Insider menyiarkan laporan menghasut, memfitnah dan membawa mudarat kepada ketenteraman awam.

Menerusi ruangan pojok akhbar edisi Ahad Mingguan Malaysia, Awang Selamat, berkata, tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat The Malaysian Insider merupakan sesuatu yang tidak mengejutkan dan langkah itu sewajarnya diambil lebih awal lagi.

“Buatlah kajian, sudah banyak TMI menyiarkan laporan yang menghasut, fitnah dan membawa mudarat kepada ketenteraman awam tetapi asyik terlepas,” katanya.

Pada September 2015, Utusan Malaysia diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 kepada bekas pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) atas dakwaan menerbitkan artikel berunsur fitnah 3 tahun lepas.

Sementara pada Disember 2014 pula, akhbar itu diarahkan membayar RM250,000 kepada Lim Kit Siang selepas didapati bersalah memfitnah pemimpin DAP itu dalam artikel “Father Augustus Chen”.

Manakala pada Julai 2013, mahkamah tinggi memerintahkan Utusan Malaysia membayar ganti rugi kepada bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kes saman isu nombor pendaftaran kenderaan WWW1.

Awang Selamat menambah, sekiranya di Singapura, The Malaysian Insider akan diambil tindakan lebih tegas.

Katanya, di China akan tiada ruang sama sekali, manakala di Barat, portal yang tidak bertanggungjawab dan sentiasa menyiarkan laporan palsu, akan dicela umum sebelum berkubur dengan sendirinya.

“Kali ini, sekatan dikenakan oleh SKMM ekoran kandungan yang menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Inilah akibat jika tidak berteraskan pembinaan negara (nation building) dan berselindung atas nama kebebasan media untuk menyerang kerajaan.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, akses The Malaysian Insider disekat kerana menyiarkan satu artikel memetik sumber yang tidak dinamakan daripada anggota Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Salleh berkata, penyiaran artikel yang berkaitan isu membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu boleh mengelirukan rakyat kerana bercanggah dengan kenyataan rasmi SPRM berkait isu sama.

Bagaimanapun, sidang pengarang The Malaysian Insider mempertahankan laporan mereka. – 28 Februari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments