Bahasa

Risda perkenal sistem kad belanja khas

Sistem kad perbelanjaan khas akan membantu golongan pekebun kecil, petani dan nelayan dan ia boleh diakses di semua rangkaian kedai Koperasi Risda dan Peladang terpilih tanpa dikenakan cukai barang dan perkhidmatan.  – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Februari, 2016.Sistem kad perbelanjaan khas akan membantu golongan pekebun kecil, petani dan nelayan dan ia boleh diakses di semua rangkaian kedai Koperasi Risda dan Peladang terpilih tanpa dikenakan cukai barang dan perkhidmatan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Februari, 2016.Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan memperkenalkan sistem kad perbelanjaan khas bagi membantu pekebun kecil, petani dan nelayan.

Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata kad tersebut bertujuan membantu golongan berkenaan yang kurang berkemampuan dan ia boleh diakses di semua rangkaian kedai Koperasi Risda dan Peladang terpilih tanpa dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

"Risda akan memohon kebenaran kerajaan untuk mengimport barangan keperluan asas dari pasaran luar negara terutama dari Thailand kerana harganya yang lebih murah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan zakat Estet Pekebun Kecil Sdn Bhd (ESPEK) kepada kira-kira 400 asnaf terdiri daripada pekebun kecil kawasan Parlimen Padang Besar di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman hari ini.

Katanya, melalui sistem itu barangan keperluan asas seperti beras, gula dan bawang dapat dibeli oleh golongan berkenaan dengan harga 30% lebih murah daripada harga pasaran semasa.

"Di peringkat Risda, kita dah bersedia untuk melaksanakan kaedah ini, Cuma perkara ini perlu diteliti di peringkat kementerian yang terlibat dan Kabinet,"katanya.  – Bernama, 13 Februari 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments