Bahasa

Rasuah menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup, kata SPRM

Jumlah wang yang diterima sebagai suapan dalam mana-mana projek awam akan ditambah pada kos muktamad, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mustafar Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016.Jumlah wang yang diterima sebagai suapan dalam mana-mana projek awam akan ditambah pada kos muktamad, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mustafar Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016.Rasuah dalam pemerolehan awam mempunyai kaitan langsung dengan peningkatan kos sara hidup, menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini kerana jumlah wang yang diterima sebagai suapan dalam mana-mana projek awam akan ditambah pada kos muktamad, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mustafar Ali.

"Ini akan menjejaskan semuanya, kos sara hidup, kos bangunan" katanya dalam satu sesi pada Forum Tahunan Pemerolehan Negara dan Integriti Bagi Sektor Awam dan Swasta 2016 di Kuala Lumpur hari ini.

Mustafar menjawab soalan seorang peserta yang bertanya sama ada rasuah mempunyai sebarang pengaruh terhadap peningkatan kos sara hidup.

Terdahulu, semasa membentangkan kertas kerja bertajuk "Menangani Rasuah Pemerolehan", beliau berkata dianggarkan amalan rasuah menyebabkan negara menanggung kerugian sehingga 2% dalam Keluaran Dalam Negara Kasar.

Ini menunjukkan "amalan ini bukan sahaja menjejaskan perniagaan individu tetapi mempunyai kesan yang jauh lebih besar meliputi pembangunan sosial dan ekonomi negara", katanya.

Bagi memperbaiki keadaan itu, Mustafar berkata Malaysia melonjak ke tangga keeenam dalam Laporan Mudah Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2014 berikutan langkah mengurangkan interaksi fizikal bagi permit dan kelulusan.

"Ini secara tidak langsung turut membataskan peluang bagi berlakunya rasuah," katanya. – Bernama, 10 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments