Bahasa

Program MyFarm Outlet tawar harga produk pertanian lebih murah

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) merangka beberapa mekanisme bagi memastikan harga produk asas tani dijual lebih murah antara 5% dan 20%, kata Ketua Setiausaha Fama Datuk Seri Dr Ismail Bakar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Januari, 2016.Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) merangka beberapa mekanisme bagi memastikan harga produk asas tani dijual lebih murah antara 5% dan 20%, kata Ketua Setiausaha Fama Datuk Seri Dr Ismail Bakar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Januari, 2016.Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan program MyFarm Outlet akan menawarkan harga produk asas tani pada kadar lebih berpatutan berbanding harga pasaran.

Ketua Setiausahanya Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) merangka beberapa mekanisme bagi memastikan harga dijual lebih murah antara 5% dan 20%.

"Semua bekalan diambil terus daripada pengeluar dan ini akan mengurangkan kos operasi termasuk pemasaran serta pengangkutan sekali gus memberi faedah kepada pembeli," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan dan majlis pelancaran program My Best Buy di Bangunan Fama Point, di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016, mengumumkan pelancaran pasar belian terus hasil pertanian atau MyFarm Outlet di seluruh negara.

Rangkaian pertama MyFarm Outlet akan beroperasi di Presint 7, Putrajaya pada Mac ini, manakala 10 lagi akan diperluaskan secara berperingkat sepanjang tahun ini. – Bernama, 29 Januari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments