Bahasa

PM dipilih boleh disingkir sebelum penggal tamat, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan mendesak Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan perdana menteri adalah sah mengikut undang-undang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016.Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan mendesak Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan perdana menteri adalah sah mengikut undang-undang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016.Perdana menteri yang dipilih boleh disingkirkan menerusi jalan undang-undang, kata bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau terus mempertahankan kempen akar umbi untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir, yang berjaya mengetepikan gerakan rakyat untuk menggulingkannya pada penghujung 1990-an, hari ini berkata adalah sah mengikut undang-undang untuk mendesak perdana menteri yang dipilih meletakkan jawatan sebelum penggal berakhir.

“Perdana menteri yang dipilih tidak bermakna dia tidak boleh disingkir sebelum penggalnya tamat.

“Ramai orang yang dipilih kemudian disingkirkan atau diberhentikan daripada jawatan atas pelbagai sebab di seluruh dunia demokratik,” kata Dr Mahathir yang juga perdana menteri ke-4, dalam posting terkininya di blog chedet.cc.

Beliau kemudian menyenaraikan semua alasan mengapa Najib perlu meletakkan jawatan dan ia termasuk peranan perdana menteri dalam skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma peribadi RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya.

Bekas presiden Umno itu kini mengetuai kempen “Selamatkan Malaysia” dengan sasaran menggesa Najib meletakkan jawatan.

Kempen itu bermula dengan Deklarasi Rakyat yang mendapat sokongan sekumpulan pemimpin pembangkang, turut termasuk tuntutan pembaharuan institusi.

Bagaimanapun, penyokong Najib menolak tuntutan itu dengan berkata perdana menteri hanya boleh ditukar menerusi pilihan raya umum.

Dalam tulisan di blognya, Dr Mahathir juga menuduh Najib mendapatkan keizinan perdana menteri Singapura untuk projek yang sepatutnya dalam bidang kuasa kerajaan seperti jambatan bengkok dan kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura.

Dr Mahathir juga menuduh Najib menjalani kehidupan mewah dan berbelanja lebih daripada kemampuan perdana menteri untuk majlis perkahwinan anak perempuannya.


Konsultan Eropah dilantik Najib untuk bekerja di Jabatan Perdana Menteri juga menyebabkan pembayar cukai membayar RM7 bilion dan dasar mereka meningkatkan ketegangan antara masyarakat berbeza etnik di dalam negara.

“Dia sebenarnya mengambil orang Eropah bekerja di Jabatan Perdana Menteri. Pengaruh mereka terhadapnya menyebabkan dia tidak sensitif kepada syarat tempatan,” kata Dr Mahathir.

Beliau juga mendakwa Najib menubuhkan agensi di luar kerajaan seperti Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan) dan ia membayar sendiri gaji pekerja dan kelebihan lain yang tidak mengikut standard kakitangan awam. – 14 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments