Bahasa

Pelajar antarabangsa dibenarkan mohon pas pelajar secara dalam talian

Pelajar antarabangsa dibenarkan memohon sendiri pas pelajar secara dalam talian kepada Education Malaysia Global Services mulai esok (15 Mac), kata Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016.Pelajar antarabangsa dibenarkan memohon sendiri pas pelajar secara dalam talian kepada Education Malaysia Global Services mulai esok (15 Mac), kata Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016.Pelajar antarabangsa dibenarkan memohon sendiri pas pelajar secara dalam talian kepada Education Malaysia Global Services (EMGS) mulai esok (15 Mac).

Ia antara kemudahan baharu yang diberikan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung prosedur kemasukan pelajar antarabangsa ke institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia.

Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata Kabinet memberi kelulusan untuk mempermudah prosedur kemasukan pelajar antarabangsa ke institusi pendidikan tinggi di Malaysia dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi antarabangsa.

"Kemudahan yang diberikan ini berkuat kuasa mulai 15 Mac, 2016 dan terpakai kepada semua IPT yang beroperasi di Semenanjung Malaysia sahaja. Garis panduan berhubung perkara ini dikeluarkan pada 11 Mac 2016," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaini berkata tempoh pas pelajar antarabangsa dikeluarkan mengikut tempoh pengajian yang ditetapkan Jabatan Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.

Beliau berkata pelajar antarabangsa juga dikehendaki mematuhi beberapa syarat antaranya mereka dikehendaki mengikuti kursus pengajian secara sepenuh masa berdasarkan tahap yang dinyatakan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia.

"Bagi permohonan baharu, pelajar perlu mendapatkan surat tawaran kursus pengajian dari IPT yang dipohon dan memiliki pasport atau dokumen perjalanan yang masih dalam tempoh sah laku," katanya.

Katanya, bagi pelajar sedia ada pas pelajar akan diberi mengikut baki tempoh pengajian sebagaimana dinyatakan dalam surat tawaran, tertakluk pada tempoh sah laku pasport atau dokumen perjalanan.

Zaini berkata penambahbaikan kaedah sedia ada itu hasil kerjasama KPT dengan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri, Jabatan Imigresen dan EMGS. – Bernama, 14 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments