Bahasa

Papagomo mengaku bersalah pukul warga asing

Blogger Wan Mohd Azri Wan Deris, atau lebih popular dengan nama Papagomo, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan memukul warga asing pada Januari lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 Mac, 2016.Blogger Wan Mohd Azri Wan Deris, atau lebih popular dengan nama Papagomo, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan memukul warga asing pada Januari lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 Mac, 2016.Blogger Wan Mohd Azri Wan Deris, lebih dikenali sebagai Papagomo, mengaku bersalah di hadapan Majistret Husna Dzulkifly kerana memukul warga asing pada Januari lalu.

Papagomo mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. 

Dalam pertuduhan pertama, Papagomo didakwa mencederakan mangsa dengan menampar pipi kiri mangsa.

Dalam pertuduhan kedua, dia didakwa menumbuk pipi kiri mangsa sehingga cedera dan ketiga, dia didakwa menendang kemaluan mangsa.

Sekiranya sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara setahun atau didenda RM2,000 setiap kesalahan.

Bagaimanapun majistret menangguhkan perbicaraan ke jam 2.30 petang ini sebelum menjatuhkan hukuman.

Pada 29 Januari, Papagomo mencetuskan kontroversi apabila satu klip video tersebar di media sosial menunjukkan dia didakwa menyerang seorang pekerja asing.

Dia dilihat menampar, menumbuk dan menendang seorang pekerja warga Pakistan dalam video berdurasi 4 minit yang menjadi viral itu. – 11 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments