Bahasa

Muhyiddin, Mukhriz elok keluar Umno secara terhormat

Tan Sri muhyiddin Yassin digesa keluar daripada Umno secara terhormat kerana tindakan bekerjasama dengan pembangkang sereta cuba menjatuhkan perdana menteri mendatangkan kemarahan ahli parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016.Tan Sri muhyiddin Yassin digesa keluar daripada Umno secara terhormat kerana tindakan bekerjasama dengan pembangkang sereta cuba menjatuhkan perdana menteri mendatangkan kemarahan ahli parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016.Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir seharusnya keluar parti secara terhormat kerana tidak lagi memperjuangkan semangat Umno, kata ketua bahagian Seputeh.

Menurut laporan akhbar Berita Harian, Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff  berkata, walaupun perdana menteri sudah menghulurkan salam tetapi peluang itu disia-siakan, malah sanggup bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan pemimpin negara.

“Muhyiddin dan Mukhriz sepatutnya keluar Umno secara terhormat kerana tindakan bekerjasama dengan pembangkang sereta cuba menjatuhkan perdana menteri mendatangkan kemarahan ahli,” katanya.

Beliau turut menyifatkan ahli Umno yang enggan keluar daripada parti Melayu itu walaupun sudah menyatakan pendirian untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak ubah seperti anai-anai yang cuba merosakkan sistem dalaman parti.

“Majlis Tertinggi (MT) sepatutnya mengambil tindakan lebih serius kerana ahli sebegini seolah-olah seperti anai-anai yang merosakkan parti meskipun perdana menteri sudah memberi peluang dan menghulurkan tangan.

“Saya sendiri hairan mengapa mereka masih lagi duduk di situ jika tidak menghormati kepimpinan sedia ada.

"Sebagai ahli, kami sendiri marah jika tiada tindakan serius dilakukan kepada mereka,” katanya. – 14 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments