Bahasa

Kastam tolak dakwaan Dr Mahathir, GST paksa syarikat tutup kedai

Timbalan Ketua Pengarah Kastam D Datuk Subromaniam Tholasy bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau menolak dakwaan ada syarikat menutup perniagaan dan pindah ke luar negara kerana tidak berpuas hati dengan GST.– Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 10 Mac, 2016.Timbalan Ketua Pengarah Kastam D Datuk Subromaniam Tholasy bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau menolak dakwaan ada syarikat menutup perniagaan dan pindah ke luar negara kerana tidak berpuas hati dengan GST.– Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 10 Mac, 2016.Jabatan Kastam hari ini menolak dakwaan syarikat terpaksa menutup perniagaan mereka dan berpindah ke luar negara akibat daripada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Subromaniam Tholasy berkata, dakwaan itu tidak masuk akal kerana beberapa negara jiran Malaysia mempunyai kadar GST lebih tinggi.

"Ke mana syarikat-syarikat ini akan pergi? Akhirnya, mereka akan pergi ke negara lain di mana kadar GST mereka lebih tinggi. GST dilaksanakan untuk membuat kos menjalankan perniagaan lebih rendah.

"Dakwaan yang perniagaan berpindah keluar dari negara ini tidak masuk akal. Dakwaan ini mestilah berdasarkan fakta dan realiti," kata Subromaniam kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa minggu lepas, GST mendorong syarikat menghentikan operasi dan berpindah ke luar negara.

Dr Mahathir, penentang kuat Datuk Seri Najib Razak, membuat dakwaan itu semasa melancarkan Deklarasi Rakyat pada 4 Mac lalu, bertujuan mendesak perdana menteri digulingkan.

Subromaniam berkata, beliau bukan menujukan kenyataan itu kepada sesiapa secara khusus tetapi menyangkal dakwaan dan persepsi yang tidak berasas dibuat pengkritik GST.

"Kalau nak buat kenyataan, buatlah kenyataan berasaskan fakta. Tolong jangan membuat kenyataan yang pukul rata sahaja," kata Subromaniam selepas satu ceramah mengenai GST oleh firma penasihat audit dan cukai Grant Thorton.

Beliau menambah, banyak daripada kritikan mengenai GST adalah berdasarkan kepada persepsi.

Pegawai kanan Grant Thorton, Lorraine Parkin, berkata data yang didapati baru-baru ini mencabar dakwaan yang syarikat perniagaan meninggalkan negara ini kerana GST.

"Data daripada pelbagai sumber menunjukkan yang sebaliknya adalah benar. Pelaburan langsung asing ke negara ini meningkat tahun lepas walaupun dengan GST," kata Parkin, yang mengetuai bahagian cukai tidak langsung syarikat itu bagi rantau Asia Pasifik.

"Ini kerana, GST adalah satu sistem percukaian yang telus dan menjadikan negara tempat yang menarik untuk melabur," katanya. – 10 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments