Bahasa

Harga barang naik, menteri salahkan peniaga tidak percaya Tuhan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Jika peniaga mempunyai agama, mereka akan mengamalkan etika berniaga dan tidak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan menaikkan harga barang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Jika peniaga mempunyai agama, mereka akan mengamalkan etika berniaga dan tidak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan menaikkan harga barang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin menyalahkan peniaga yang tidak mempercayai Tuhan sebagai punca berlakunya kenaikan harga barang.

Hamzah berkata sekiranya peniaga tersebut mempunyai agama, mereka akan mengamalkan etika berniaga dan tidak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati.

"Masalahnya mereka yang tak percaya Tuhan selalu akan naikkan, yang percaya pada Tuhan selalunya dia akan mengikut amalan beretika dan tidak akan naik harga," kata Hamzah semasa menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kepong Tan Seng Giaw.

Tan dalam soalannya bertanya adakah kenaikan harga yang melanda dalam negara dibuat Tuhan dan mempersoalkan langkah Putrajaya dalam mengatasi isu disiplin penguat kuasaan mereka.

"Adakah harga naik ni di tangan Tuhan? Apakah tindakan berkesan yang akan diambil selain mahkamah khusus dan jawab panjang lebar dalam Dewan untuk integriti dan disiplin 2000 penguat kuasa," soal Tan.

Hamzah berkata Tuhan tidak pernah menyuruh sesiapa menaikkan atau menurunkan harga barang.

"Saya nak beritahu Tuhan tak pernah pun menyuruh sesiapa naik harga atau turun harga," katanya.

Orang ramai terjejas dan terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang semakin membebani kehidupan mereka, terutama selepas pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Putrajaya pada awalnya berkata pengenalan cukai pengguna tersebut tidak akan membebankan namun sebaliknya berlaku apabila orang ramai terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi. – 10 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments