Bahasa

Hanya Parlimen, MT Umno boleh jatuhkan PM, kata Shahidan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim. Umno menolak pakatan di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkang bagi menjatuhkan perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim. Umno menolak pakatan di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkang bagi menjatuhkan perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya boleh dijatuhkan menerusi Parlimen atau Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bukannya menerusi satu deklarasi yang kononnya kehendak rakyat, kata Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, sehubungan itu Umno menolak pakatan di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkang bagi menjatuhkan Najib.

Menurut pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis itu, rakyat juga hanya boleh menjatuhkan perdana menteri melalui pilihan raya umum, iaitu membawa maksud Umno perlu dikalahkan.

“Maka sebab itu, Umno negeri tidak bersetuju dengan deklarasi terbabit serta menyokong penuh perdana menteri dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjalankan tugas-tugas timbalan presiden Umno," kata ahli Parlimen Arau itu seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Shahidan berkata demikian mengulas mengenai Deklarasi Rakyat yang ditandatangani Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan Najib.

Beliau kemudian memberitahu, Umno Perlis turut mencadangkan agar sistem kuota dalam pemilihan jawatan utama parti diwujudkan semula agar soal berkenaan tidak diperkotak-katikkan. – 14 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments