Bahasa

Dr Mahathir sedia ceramah atas lori demi pastikan mesej sampai pada akar umbi

Tun Dr Mahathir Mohamad sedia hadapi semua sekatan Putrajaya hingga sanggup berceramah di atas lori untuk memastikan pesanannya kepada akar umbi dapat disampaikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016.Tun Dr Mahathir Mohamad sedia hadapi semua sekatan Putrajaya hingga sanggup berceramah di atas lori untuk memastikan pesanannya kepada akar umbi dapat disampaikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016.Tun Dr Mahathir Mohamad sedia menghadapi semua sekatan Putrajaya untuk menyampaikan mesejnya termasuk berceramah di atas lori selepas hotel dan dewan tidak lagi boleh digunakan untuk menyampaikan pesanannya kepada akar umbi.

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa pada satu forum di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi berkata, perkara ini dibincangkan bersama Dr Mahathir dalam mesyuarat pertama 45 penandatangan Deklarasi Selamatkan Malaysia beberapa hari lalu.

"Dalam mesyuarat dengan Dr Mahathir baru-baru ini, dia merungut, sekarang nak sewa hotel pun depa sekat, dah tak bagi dah apatah lagi nak sewa stadium nak ceramah.

"Saya kata, tak apalah Tun, kita cari lori, kita hadap ke mana-mana bendang dan kita ceramah atas lori... orang tengok Tun ceramah atas lori, itu pun bonus tu," cerita Husam dalam forum itu tentang apa yang berlaku dalam mesyuarat bersama Dr Mahathir dan penandatangan pertama deklarasi itu di sebuah hotel sebelum ini.

Husam berkata, perkara itu berbangkit apabila mesyuarat berbincang untuk mengadakan jelajah ke seluruh negara selepas Kongres 27 Mac anjuran Datuk Zaid Ibrahim yang dijangka menghimpunkan semua pemimpin menyokong Deklarasi Selamatkan Malaysia itu.

Zaid menyasarkan lebih 1,000 peserta akan menyertai kongres itu dan antara 18 hingga 20 pemimpin daripada pelbagai pihak akan memberikan ucapan dengan Dr Mahathir akan memberikan ucaptama.

"Program pertama selepas 27 Mac adalah jelajah, mengelilingi dunia. Ia bermula dengan 4 negeri iaitu Kelantan, Kedah, Johor dan Sabah.

"Kalau Dr Mahathir pergi dengan kita ceramah kat Kedah misalnya, kita akan ceramah atas lori," kata Husam pada forum bertajuk 'Pembangkang + Pasukan Mahathir, Berbaloikah Untuk Rakyat'.

Dewan itu penuh sesak dengan penyokong yang sentiasa bertepuk tangan mendengar ucapan Husam dan 3 yang lain. Seramai 1,500 lagi mendengar ucapan itu menerusi televisyen dan radio Internet.

Selain Husam, turut serta sebagai panel ialah Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dan Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.

Putrajaya mula menyekat pergerakan Dr Mahathir apabila melucutkan jawatannya sebagai penasihat Petronas ekoran tindakannya mengetuai deklarasi itu.

Seramai 149 ketua Umno bahagian pula menandatangani solidariti bersama Najib susulan deklarasi itu. – 14 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments